Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Safuwan kekal positif selepas insiden dicemuh penyokong Selangor

Apr 13, 2022 | 05:30 AM



PENYOKONG Selangor FC, rakan sepasukan dan kelab itu sendiri tampil memberikan sokongan padu kepada pemain Singapura dan kapten sementara Gergasi Merah, Safuwan Baharudin, yang telah dikritik dan dicemuh oleh salah seorang penyokong kelab Liga Super Malaysia (MSL) itu.



Insiden itu berlaku menyusuli kemenangan 4-1 Selangor menentang Kedah Darul Aman FC dalam MSL di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Ahad lalu.



Menerusi video yang tular di media sosial, seorang individu yang dipercayai daripada kumpulan penyokong Selangor, UltraSel Curva, dilihat melontarkan cemuhan dan bidasan prestasi pasukan ke atas Safuwan.



Malah, individu berkenaan juga mengeluarkan kata-kata kesat ketika Safuwan menghampiri kumpulan penyokong yang berada di tempat duduk penonton.



Kemarahan itu dikatakan berpunca daripada satu gol yang dibolosi Selangor pada waktu tambahan.



Insiden itu bagaimanapun dapat dileraikan dengan pemain lain Selangor termasuk penjaga gol, Khairulazhan Khalid, cuba menenangkan penyokong, sementara pegawai pasukan Selangor dilihat meminta Safuwan beredar dari tempat itu.



Safuwan, 30 tahun, menerusi akaun Instagram Story miliknya kelmarin, meluahkan kekecewaannya mengenai insiden itu, namun kekal positif dan telah memaafkan individu terbabit.



"Selagi kapten tetap pasukan, Brendan Gan, belum kembali ke padang, saya sentiasa cuba sebaik mungkin untuk melindungi pemain di dalam dan luar padang.



"Tetapi kalau insiden seperti itu terjadi, memang agak mengecewakan bagi saya. Kata-kata yang keluar dari mulut anda menyatakan banyak perkara mengenai diri anda.



"Kekalkan sokongan kepada pasukan tak kira apa pun. Pada akhirnya, kita semua adalah manusia. Sentiasa positif. Saya maafkan anda," tulisnya.



Gan, 33 tahun, yang baru-baru ini kembali menyertai skuad selepas berehat lama untuk melawan barah peringkat awal yang dikesan Julai tahun lalu, menyokong kata-kata rakan sepasukannya itu.



"Saya dan Safuwan akan sentiasa berdiri teguh bersama pemain dan kelab kami! Tiada siapa yang akan menjatuhkan pasukan ini kerana kami telah bekerja terlalu keras untuk terkesan dengan sebarang kata-kata negatif!



"Akan sentiasa ada cabaran untuk diatasi, penambahbaikan yang perlu dilakukan dan hasrat yang perlu diusahakan, selagi kita kekal positif dan berusaha mengatasi kelemahan kita untuk menjadikannya kekuatan, maka kemajuan dan kejayaan akan dicapai," katanya menerusi satu pos di laman Facebook Selangor kelmarin.



Beberapa jam kemudian, kelab itu turut mengeluarkan satu kenyataan rasmi di Facebook.



"Walaupun kami menggalakkan kebebasan untuk menyuarakan pendapat demi kebaikan kelab, kami percaya bahawa kita harus sentiasa prihatin dengan cara mesej disampaikan kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap kehidupan dan kesihatan mental pihak-pihak yang terbabit... sebarkan keamanan, bukan kebencian," tulisnya.



Para penyokong membanjiri media sosial dengan komen positif kepada Safuwan untuk bangkit daripada insiden ini.



"Mohon Safuwan Baharudin terus kuat dan bersungguh-sungguh atas padang. Lupakan penyokong tersebut," kata seorang pengguna Facebook bernama Ahmad Shahir Kamarudin.



Selangor belum lagi ditewaskan selepas menang satu dan seri dua perlawanan dalam liga sejauh ini.



Mereka kini menduduki tangga kelima daripada 12 pasukan bersaing.




"Selagi kapten tetap pasukan, Brendan Gan, belum kembali ke padang, saya sentiasa cuba sebaik mungkin untuk melindungi pemain di dalam dan luar padang. Tetapi kalau insiden seperti itu terjadi, memang agak mengecewakan bagi saya. Kata-kata yang keluar dari mulut anda menyatakan banyak perkara mengenai diri anda. Kekalkan sokongan kepada pasukan tak kira apa pun. Pada akhirnya, kita semua adalah manusia. Sentiasa positif. Saya maafkan anda."
- Pemain Singapura yang menyarungi jersi Selangor, Safuwan Baharudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >