Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Safuwan tinggalkan pasukan atas sebab keluarga

Jun 14, 2022 | 5:30 AM
- Foto fail
- Foto fail -

PASUKAN Singa akan beraksi tanpa pemain bek tengah Safuwan Baharudin apabila menentang Myanmar dalam perlawanan penutup kelayakan Piala Asia mereka hari ini.

Safuwan, 30 tahun, bergegas pulang ke tanah air semalam atas sebab keluarganya, kata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam satu kenyataan semalam.

Ia tidak memberikan butiran lain.

Safuwan, yang sudah 108 kali menyarung jersi negara, tampil dalam kedua-dua perlawanan kelayakan awal menentang Kyrgyzstan dan Tajikistan.

FAS menambah bahawa Safuwan telah memberitahu ketua jurulatih Takayuki Nishigaya mengenai keadaannya sebelum perlawanan berdepan Tajikistan Sabtu lalu.

Pengunduran Safuwan dari skuad Singa itu disokong sepenuhnya Nishigaya.

"Ada perkara dalam kehidupan yang lebih penting daripada bola sepak dan keputusan Safuwan untuk pulang ke tanah air mendapat sokongan penuh saya.

"Saya ingin menjelaskan bahawa meskipun beliau harus menangani perkara ini, Safuwan tetap menjadi contoh baik dan menunjukkan profesionalisme yang tinggi sepanjang tempoh perlawanan antarabangsa ini," jelas jurulatih asal Jepun itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg