Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Sah! Hariss Harun ke Sepanyol

Feb 03, 2017 | 05:30 AM



PENANTIAN untuk mengetahui sama ada beliau akan dapat beraksi dalam musim baru akhirnya terjawab jua apabila pemain midfield nasional, Hariss Harun, diumumkan akan bermain di Sepanyol.



Hariss, 26 tahun, bakal menjadi pemain Singapura pertama beraksi di Sepanyol setelah berjaya dipinjamkan kepada sebuah kelab divisyen ketiga liga Sepanyol.



Kelab pemain tersebut, Johor Darul Takzim (JDT), membuat pengumuman itu melalui laman Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers, semalam dan menyatakan bahawa Hariss akan dipinjamkan kepada kelab Ce L'Hospitalet untuk jangka masa setahun.



Pos tersebut menyatakan bahawa naib kapten pasukan Singa itu akan berlepas ke Sepanyol pada Ahad ini.



"Hariss akan dipinjamkan ke sebuah kelab divisyen dua di Sepanyol, Ce L'Hospitalet, dalam masa setahun bagi menimba pengalaman dan mempertingkat lagi mutu permainan beliau.



"Pastinya perancangan jangka panjang ini bakal memberikan impak yang positif kepada kelab untuk masa akan datang,'' kata pos itu.



Beliau juga bakal beraksi menentang pasukan simpanan kelab terkemuka dunia, Barcelona B, yang turut ditampilkan dalam senarai pasukan yang bertanding dalam divisyen tersebut.



Ce L'Hospitalet merupakan kelab yang berpangkalan di L'Hospitalet de Llobregat yang terletak di wilayah Barcelona.



Baru semalam, ia kelihatan bagaikan masa depan Hariss di JDT masih tidak menentu.



Kelab tersebut telah mengumumkan pada Disember lalu hasrat mereka mahu menghantar dan meminjamkan pemain itu ke Portugal atau Jepun, namun tiada pengumuman lain dibuat tentang pemindahan itu meskipun tempoh perpindahan pemain ke Eropah telah tutup kelmarin.



Sejak menjadi pemain kebangsaan termuda Singapura pada usia 16 tahun dan 217 hari, Hariss merupakan antara pemain profesional yang paling konsisten bagi pasukan Singa.



Beliau menyertai JDT pada November 2013 dan telah memenangi tiga piala Liga Super Malaysia (MSL) dan Piala AFC pada 2015.



Kontrak Hariss bersama JDT akan tamat pada akhir tahun ini, namun masih mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontraknya selama dua tahun lagi, menurut laporan media.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >