Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Sailors dan Albirex masih bersaing bagi kejuaraan, Tampines boleh jadi penentu

Sep 24, 2021 | 05:30 AM



PERSAINGAN bagi merebut gelaran juara Liga Perdana Singapura (SPL) AIA semakin hangat dengan Albirex Niigata mendahului pencabar terdekat, Lion City Sailors dengan dua mata di puncak liga.



Apatah lagi, hanya dua perlawanan sahaja yang bakal mengubah nasib kededua pasukan gergasi itu.



Namun perhatian kini tertumpu kepada Tampines Rovers, yang boleh mempengaruhi kedudukan di puncak liga apabila ia bertemu Albirex di Stadium Jurong East malam ini.



Tampines, yang menunjukkan form mengecewakan baru-baru ini - dibelasah 1-6 oleh Sailors dan kecundang 3-7 kepada Hougang - boleh bangkit dan memporak perandakan peluang Albirex mempertahankan kejuaraannya.



Namun, jurulatih Gavin Lee berharap nasib skuad itu akan berubah dalam perlawanan bersama The White Swans itu nanti. Dia juga gembira bahawa pemain-pemain penting seperti Baihakki Khaizan dan Yasir Hanapi dapat kembali setelah digantungkan sebelum ini.



Sementara itu, Albirex tahu mereka hanya perlu menang dalam perlawanan terakhir sekiranya berjaya mengumpul kesemua tiga mata nanti.



Anak didik Keiji Shigetomi pastinya bersemangat memasuki perlawanan setelah mengetahui prestasi buruk Tampines baru-baru ini.



Dalam perlawanan lain, Sailors akan berdepan dengan Geylang International di Our Tampines Hub pada Ahad petang nanti.



Sailors tahu bahawa mereka perlu menang kedua baki perlawanan mereka untuk berpeluang memenangi liga. Mereka juga perlu berharap Albirex jatuh mata dalam perlawanan mereka masing-masing.



Namun, jurulatih Kim Do-hoon mempunyai cabaran besar tanpa dua pemain penting di bahagian pertahanan dan serangan. Pemain pertahanan Brazil, Jorge Fellipe dan penyerang Croatia, Stipe Plazibat tidak akan beraksi atas kecederaan.



Meskipun begitu, penyerang Sailors Song Ui-young enggan menyerah kalah dan berharap pasukannya itu akan memberi sedaya upaya mereka dalam dua perlawanan akhir mereka.



"Kami enggan menyerah dalam perlumbaan bagi merebut piala. Kami telah bekerja keras sepanjang musim untuk objektif ini dan ia tidak akan selesai sehingga ia berakhir. Sekiranya Albirex menang pada hari Jumaat nanti, kita perlu berusaha untuk mengalahkan Geylang," kata Song dimana kelab itu berjaya melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.



Geylang pula akan kembali beraksi setelah rehat seminggu apabila salah seorang pemain mereka disahkan positif Covid-19. Geylang juga berharap dapat mengubah rekod mereka setelah kalah empat kali dalam lima perlawanan di liga sebelum ini.



Young Lions pula akan berdepan dengan Tanjong Pagar United di Stadium Jalan Besar Ahad nanti. Pemain Young Lions berharap dapat mengumpul kesemua tiga mata dan cuba mengelak mengakhiri musim dengan kedudukan terakhir liga sejak 2017.



Meskipun begitu, anak didik Philippe Aw akan berdepan dengan cabaran sengit The Jaguars di padang, terutama sekali menangani penyerang Brazil, Luiz Junior yang telah menyumbangkan 10 gol musim ini. Luiz juga telah menjaringkan enam gol dalam empat pertemuan bersama Young Lions.



SPL musim ini akan dilanjutkan lebih seminggu kepada 10 Oktober selepas dua kes Covid-19 dikesan dalam kalangan pemain Balestier Khalsa dan Geylang International. Ini bermakna tarikh akhir musim ini telah dianjak dari 2 Oktober kepada 10 Oktober, dengan empat perlawanan terakhir dimainkan pada hari tersebut.




JADUAL PERLAWANAN



Malam ini, 7.45 malam

Albirex Niigata lwn Tampines Rovers, Stadium Jurong East



Ahad, 5.30 petang

Geylang International lwn Lion City Sailors, Our Tampines Hub

Young Lions lwn Tanjong Pagar, Stadium Jalan Besar



* Siaran langsung perlawanan di YouTube, Facebook Liga Perdana Singapura, SingTel TV, StarHub TV




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >