Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Sailors kumpul $30,500 untuk Persatuan Disleksia SG

Jul 27, 2022 | 05:30 AM



BAGI membantu usaha meningkatkan kesedaran terhadap disleksia, juara bertahan Liga Perdana Singapura (SPL) Lion City Sailors telah berjaya mengumpul $30,500 untuk Persatuan Disleksia Singapura (DAS).



Pungutan dana amal itu dikumpulkan hasil penjualan 1,700 tiket bernilai $25,500 bagi perlawanan SPL antara Sailors dengan Tampines Rovers yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Ahad lalu.



Di samping itu juga, Pengerusi Tampines Rovers, Encik Desmond Ong telah menyampaikan cek bernilai $5,000 atas sumbangan kelab The Stags bagi usaha amal tersebut.



Wang yang telah dikumpulkan itu akan menyokong lebih ramai kanak-kanak disleksia daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mendapatkan akses kepada pakar yang diperlukan.



Beberapa pelajar DAS juga diberikan peluang untuk mengiringi dan memasuki padang bersama pemain-pemain yang beraksi dalam perlawanan itu termasuk bintang SPL seperti Hariss Harun, Song Ui-yong dan Boris Kopitovic.



Selain daripada kutipan penjualan tiket, gerai yang disediakan oleh DAS untuk mempamerkan karya seni ciptaan pelajarnya, gerai permainan serta penjualan barangan lain turut menyumbang kepada pengumpulan dana serta meningkatkan kesedaran tentang disleksia kepada penonton yang hadir.



Pengerusi bagi Sailors, Encik Forrest Li berkata beliau gembira dengan kehadiran penyokongnya dalam usaha mulia itu.



"Bola sepak boleh mengumpulkan masyarakat di sebalik sebuah isu penting, dan kami berbesar hati untuk menyumbang kepada usaha yang telah diperjuangkan DAS sejak 30 tahun yang lalu.



"Usaha DAS untuk memberikan sokongan bagi kanak-kanak disleksia yang kurang bernasib baik di kalangan kita adalah sesuatu yang Sailors boleh menyokong, dan saya gembira bahawa penyokong kami serta keluarga bola sepak telah datang dengan jumlah sedemikian untuk menunjukkan bahawa Singapura mempunyai masyarakat yang prihatin," kata Encik Li.



Pengerusi DAS, Encik Eric Lee amat berterima kasih terhadap sokongan Sailors dalam usaha amal ini yang akan membantu mengurangkan beban kewangan keluarga pelajar DAS sambil mendorong mereka untuk berusaha yang terbaik.



"Tindakan baik Sailors adalah sebuah asas kepada masyarakat yang terima disleksia dan saya berharap ia akan memberi inspirasi kepada lebih banyak organisasi untuk melakukan perkara yang sama supaya pelajar kami dapat mencapai potensi penuh mereka.



"Kami berterima kasih atas sokongan yang telah ditunjukkan daripada semua pihak untuk usaha kerjasama masyarakat ini, dan kami berasa rendah hati kerana dapat melakukan bahagian kami untuk membantu memupuk persefahaman yang lebih besar di kalangan rakyat Singapura," tambah Encik Lee.



Perlawanan SPL itu berakhir dengan Sailors merangkul kesemua tiga mata dalam kemenangan 2-1 terhadap Stags.



DAS bakal menyambut ulang tahunnya ke-30 tahun ini dan akan mengadakan Gala Amal DAS 2022 Makan Malam pada 7 September nanti di mana Presiden Halimah Yacob akan hadir sebagai tetamu terhormat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >