Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA ASIA

Sailors mula kempen

Mulakan saingan lawan kelab handalan Jepun; kumpulan turut tampilkan kelab China, Korea
Apr 15, 2022 | 05:30 AM



LION City Sailors akan memulakan kempen pertama Liga Juara-Juara AFC (ACL) mereka malam ini apabila berdepan dengan bekas juara dua kali, Urawa Red Diamonds.



Wakil dari Singapura itu akan bertarung dengan kelab gergasi dari Jepun itu di Buriram, Thailand - lokasi pusat bagi Kumpulan F (Zon Timur) yang juga melihat juara Liga Super China, Shandong Taisang, dan kelab Korea, Daegu FC, beraksi.



Kapten Sailors, Hariss Harun, berkata beliau dan rakan sepasukan telah membuat persediaan rapi untuk pertandingan itu.



"Persiapan sangat baik. Bagi pemain-pemain skuad nasional, kami mula berlatih pramusim seawal Januari... sejurus berakhirnya Piala (AFF) Suzuki.



"Yang lain pula sudah mula seawal Disember tahun lalu. Sejak itu, jurulatih kami sudah mula beri perhatian pada (persiapan) menghadapi ACL," kata Hariss.



Beliau juga menambah intensiti latihan turut dipertingkat memandangkan saingan lebih tinggi yang menanti pasukan di ACL nanti.



"Intensiti turut dipertingkat kerana jelas sekali tahap pertandingan lebih tinggi (berbanding liga tempatan).



"Oleh itu, ia pasti berbeza daripada apa yang kami telah lalui sebelum ini dan kami amat menantikannya (cabaran di ACL)," ujar beliau.



Namun, Hariss sedar laluan Sailors begitu mencabar memandangkan pasukan-pasukan handalan Asia lain yang diundi dalam Kumpulan F.



"Tiada jangkaan besar dari kami kerana kami tahu kelab-kelab yang bakal kami berdepan seperti Shandong dan Urawa sudah beraksi bertahun-bertahun di tahap ini.



"Oleh itu, kami sedar tugas berat yang dipikul... kami terima cabaran itu dan berharap dapat menguji diri kami sendiri menentang kelab dan pemain handalan itu," katanya.



Hariss, yang pernah membuat penampilan di pertandingan elit itu bersama kelab Johor Darul Takzim pada 2019, turut menggesa rakan sepasukannya yang akan membuat penampilan pertama mereka untuk "menikmati pengalaman itu".



"Kami perlu bersedia dari segi mental tetapi pada masa yang sama, cuba untuk menikmati diri kami sendiri dan bermain bola sepak yang kami tahu kami mampu lakukan," kata Hariss yang juga rindu dengan suasana bermain di luar negara walaupun terpaksa beraksi di lokasi pusat kali ini.



Jurulatih Sailors, Kim Do-hoon, berkata beliau juga teruja dengan tanggungjawab mengendalikan skuad itu di dalam kempen ACL pertama mereka.



"Saya berbesar hati dapat memimpin kelab ini di dalam ACL. Ia adalah kejohanan paling berprestij di rantau ini, dan kami bangga kerana kami bukan sahaja mewakili Sailors, tetapi juga Singapura.



"Saya pernah bermain dalam ACL sebagai pemain dan mengetuai pasukan sebagai jurulatih, jadi ia adalah kejohanan yang bukan asing bagi saya.



"Tetapi dalam setiap kejohanan, dengan pasukan yang berbeza mengambil bahagian, pengalamannya adalah berbeza dan inilah bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah," kata jurulatih itu di laman web Sailors.



Do-hoon menekankan pentingnya sifat rendah diri, dan memberi amaran kepada pemainnya untuk bersiap sedia menghadapi cabaran yang sukar dalam pertandingan itu nanti.



"Saya ingin realistik, saya tidak mahu memberikan harapan palsu. Sebagai permulaan, kami mahu menjaringkan gol pertama di kejohanan itu.



"Kemudian, kami akan berusaha untuk memenangi mata pertama kami. Lebih penting lagi, kami mahu bermain dengan cara Sailors, dan memberikan yang terbaik sehingga wisel penamat," tambahnya.




JADUAL PERLAWANAN



Lion City Sailors lwn Urawa Red Diamonds Hari ini (15 April), 10 malam Stadium Buriram City



Lion City Sailors lwn Daegu FC 18 April, 7 malam Stadium Buriram City Lion City



Sailors lwn Shandong Taishan FC 21 April, 7 malam Stadium Buriram City Lion City



Sailors lwn Shandong Taishan FC 24 April, 10 malam Stadium Buriram City Lion City



Sailors lwn Urawa Red Diamonds 27 April, 7 malam Stadium Buriram City Lion City



Sailors lwn Daegu FC 30 April, 7 malam Stadium Buriram City



  • Perlawanan dapat ditonton secara langsung menerusi platform penstriman, Eleven Sports




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >