Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Sailors terus buru Albirex di puncak liga

Sep 17, 2021 | 05:30 AM



JUARA bertahan Albirex Niigata dan pasukan bola sepak privet pertama Singapura Lion City Sailors akan bertemu malam ini, perlawanan yang boleh menjadi penentu utama bagi juara AIA Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini.



Permainan ini sebenarnya menjadi tanda tanya, selepas seorang pemain Geylang International disahkan positif bagi Covid-19 selepas perlawanan dengan Albirex pada minggu lalu.



Namun, tiada pemain Albirex telah diuji positif bagi Covid-19 dan mereka dibenarkan meneruskan perlawanan ini.



Albirex mendahului liga dengan 43 mata dalam 18 perlawanan manakala Sailors mengejar dibelakang dengan 38 mata dalam 17 perlawanan.



Dengan baki perlawanan yang ada di tangan Sailors, mereka berharap dapat mengakhiri musim ini sebagai juara dan menjadi kelab tempatan untuk memenangi liga sejak 2014.



Anak didikan Kim Do-Hoon bersemangat dan memasuki perlawanan itu dengan rekod belum pernah kalah dalam 14 perlawanan berturut-turut.



Namun, pemain Sailors Gabriel Quak khuatir penyerang utama mereka, Stipe Plazibet tidak dapat beraksi malam ini. Stipe mengalami kecederaan buku lali dalam kemenangan 3-1 ke atas Young Lions minggu lalu di Stadium Jalan Besar.



"Saya harap ia tidak begitu serius seperti yang kita sangkakan dan semua dalam pasukan ini ingin dia cepat sembuh. Dia pemain penting bagi kami, jadi kami berharap dia dapat segera beraksi kembali," kata Gabriel.



Albirex juga memasuki perlawanan ini dengan prestasi cemerlang selepas menewaskan Geylang International 5-0 di Stadium Jurong East minggu lalu. Keputusan itu membuat pasukan dari Jepun itu memenangi lima perlawanan mereka berturut-turut sebelum ini.



Jurulatih Keiji Shigetomi berharap penyerang Kiyoshiro Tsuboi dapat kembali menunjukkan kehebatan beliau di kotak penalti setelah menjaringkan 11 gol musim ini. Tsuboi kembali beraksi minggu lalu setelah mengalami kecederaan lutut pada Mei lalu.



Dalam perlawanan lain, Tampines Rovers akan berdepan Young Lions di Our Tampines Hub esok. Anak didikan Gavin Lee berazam untuk mengubah nasib mereka yang belum pernah menang dalam 12 perlawanan berturut-turut sebelum ini.



Peminat Tampines Rovers pastinya ghairah bagi pasukan mereka untuk mengakhiri nasib malang mereka dan mengutip kesemua tiga mata dalam perlawanan menentang pemain- pemain muda Young Lions itu nanti.



Bagi Young Lions pula, mereka ingin membina dari prestasi baik setelah mencatat tiga kemenangan dalam enam perlawanan sebelum ini. Skuad itu berharap penyerang Ilhan Fandi dapat menyumbangkan gol setelah mencatat 7 gol musim ini.



Tempat kelima Tanjong Pagar pula akan mendapat ujian sengit apabila berdepan dengan tempat ketiga Hougang United di Stadium Jurong East esok. Kelab digelar The Jaguars itu akan berhati-hati dengan penyerang Hougang, Tomoyoki Doi yang mendahului carta gol terbanyak musim ini dengan 19 gol.



Perlawanan di antara Geylang International dan Balestier Khalsa yang bakal berlangsung Ahad ini pula akan ditunda selepas seorang pemain Geylang disahkan positif Covid-19. Beliau telah dikuarantin setelah disahkan positif dalam ujian mingguan SPL pada Ahad, 11 Ogos dan Isnin, 13 Ogos lalu. Lima pemain Geylang lain juga diasingkan dengan segera sebelum menjalani ujian lanjut.



Baki perlawanan Sailors pula akan dimainkan Rabu nanti apabila kelab gergasi itu berdepan dengan Tampines Rovers di Our Tampines Hub.



Sehingga 1,000 penonton yang telah melengkapkan vaksinasi atau menunjukkan bukti ujian negatif bagi Covid-19 akan dibenar menyaksikan perlawanan SPL di stadium.




JADUAL PERLAWANAN



Malam ini, 7.45 malam
Lion City Sailors lwn Albirex Niigata, Stadium Jalan Besar



Esok, 5.30 petang
Tampines Rovers lwn Young Lions, Our Tampines Hub

Tanjong Pagar lwn Hougang United , Stadium Jurong East



Rabu, 7.45 malam
Tampines Rovers lwn Lion City Sailors, Our Tampines Hub



* Siaran langsung perlawanan di YouTube, Facebook Liga Perdana Singapura, SingTel TV, StarHub TV




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >