Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

Saingan Italy, Sepanyol paling sengit

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Perlawanan antara Italy dan Sepanyol dianggap sebagai saingan yang paling sengit dalam sejarah kejohanan Eropah dan kedua-dua pasukan ini akan bertemu kembali di Wembley dalam merebut peluang beraksi dalam final Euro 2020.



Pertemuan ini merupakan pertemuan keempat berturut-turut bagi Italy dan Sepanyol dalam kejohanan Eropah.



Italy muncul sebagai pasukan terunggul di pusingan 16 pasukan terakhir, lima tahun lalu, mengakhiri penguasaan lapan tahun Sepanyol sebagai juara Eropah - di mana ia juga menyaksikan mereka menewaskan pasukan Azzurri pada suku akhir 2008 dan final 2012.



Persoalannya, adakah Italy di bawah kendalian Roberto Mancini mampu mengatasi seteru lama mereka yang dipimpin oleh Luis Enrique, sekali lagi?



Italy menewaskan Belgium 2-1 di pusingan suku akhir minggu lalu, sekali gus mencatat kemenangan ke-15 berturut-turut dalam kejohanan tersebut - satu rekod baru, mengatasi 14 kemenangan yang sebelum ini dikongsi bersama dengan Jerman dan Belgium.



Sepanjang kejohanan Euro 2020 ini, Italy bagaikan mampu meredah semua rintangan yang ada di hadapan mereka.



Mereka telah memenangi kesemua lima perlawanan mereka di dalam kejohanan musim ini, menjadi satu-satunya pasukan daripada empat pasukan yang masih bertanding, dengan rekod 100 peratus setakat ini.



Mancini yakin pasukannya masih mampu memberikan yang terbaik dalam kejohanan ini.



Ditanya pada sidang media selepas perlawanan suku akhir, tentang apa yang telah beliau lihat dalam pasukannya untuk meyakinkannya bahawa masa yang lebih baik sudah hampir tiba, ketua jurulatih itu berkata:



"Pasukan telah menunjukkan kemajuan pada setiap perlawanan. Walaupun terdapat perlawanan sukar, kami selalu beraksi dengan lebih baik - dan masih ada ruang untuk peningkatan.



"Itulah yang saya lihat dalam skuad saya, iaitu keinginan untuk bermain dengan baik, untuk cuba bangkit semula setelah kecewa kerana tidak layak ke Piala Dunia 2018.



"Bagaimanapun kami masih boleh melakukan yang lebih baik lagi."



Menyentuh tentang perlawanan menentang Sepanyol, Mancini yakin mereka mempunyai apa yang diperlukan untuk melangkah ke pusingan akhir.



Beliau berkata: "Apa yang penting adalah, kami akan ke Wembley dengan pemikiran bahawa kami merupakan pasukan yang mampu memberikan lebih banyak dalam pertandingan ini.



"Kami tahun kami bakal menentang pasukan terbaik dunia sekali lagi, kerana Sepanyol, seperti Belgium, merupakan pesaing yang amat sukar.



"Namun penting untuk kami mendapatkan rehat secukupnya dan persediaan rapi sebelum saingan separuh akhir ini."



Sepanyol perlu berada di tahap terbaik mereka sekiranya mereka ingin mengakhiri penguasaan Italy dalam Euro 2020.



Laluan Sepanyol untuk layak ke pusingan separuh akhir Euro 2020 bukanlah semudah seperti yang diharapkan.



Dalam pusingan suku akhir, mereka hanya mampu mengatasi Switzerland menerusi sepakan penalti penentuan, selepas perlawanan terikat 1-1, manakala ketika pertembungan 16 kelompok terakhir, mereka hanya mampu menewaskan Croatia di masa tambahan.



Ini tidak termasuk persembahan mereka di Kumpulan E yang kurang memuaskan - dengan hanya mampu menang satu perlawanan dan seri dua, meletakkan mereka di tempat kedua, di belakang Sweden.



Meskipun begitu, ini merupakan kali pertama sejak Euro 2012, Sepanyol berjaya layak ke pusingan separuh akhir. Ketika itu mereka berjaya dinobat sebagai juara.



Kini selepas beberapa tahun pasukan itu gagal memberikan persembahan yang cemerlang, objektif pengendali pasukan, Luis Enrique adalah untuk menjadikan Sepanyol kembali kompetitif.



Beliau dianggap sebagai seorang yang dahagakan kemenangan, dan telah menetapkan sasaran untuk menewaskan Italy untuk melayakkan diri ke pusingan akhir di London.



"Saya sering mengatakan bahawa kami adalah salah satu daripada lapan calon untuk memenangi Kejuaraan Eropah dan sekarang kami adalah antara empat yang terbaik," kata Enrique.



"Ia adalah satu perkara yang tidak masuk akal untuk berada di separuh akhir dan tidak memikirkan untuk melangkah lebih jauh. Inilah objektifnya." - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >