Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06

Saingan kian sengit... hanya 3 mata pisahkan Albirex dari Sailors di puncak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Saingan kian sengit... hanya 3 mata pisahkan Albirex dari Sailors di puncak

Aug 27, 2021 | 05:30 AM

BAHANG Liga Perdana Singapura (SPL) kian terasa dengan gergasi Lion City Sailors dan juara bertahan Albirex Niigata tidak henti memburu kemenangan masing-masing di puncak liga.

Hanya tiga mata memisahkan Albirex - yang berada di tangga pertama liga - dari Sailors dalam 16 perlawanan.

Namun, Sailors mempunyai baki satu perlawanan tambahan dan mampu melonjak ke atas buat seketika menerusi perbezaan gol sekiranya menang dalam perlawanan mereka malam ini.

Sailors bakal menguji benteng pertahanan Hougang United di Stadium Jalan Besar dan mereka memasuki perlawanan ini dengan prestasi cemerlang di mana Sailors belum pernah kalah dalam 12 perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Bagi bek pertahanan Sailors, Nur Adam Abdullah, beliau yakin dengan semangat pasukannya itu untuk mengumpul kesemua tiga mata dan akhiri musim ini sebagai juara.

"Kami mengawal nasib kami sendiri, jadi kami hanya perlu mengekalkan momentum ini dan memenangi setiap perlawanan mulai sekarang" kata pemain muda berusia 20 tahun itu.

Tempat ketiga Hougang juga mempunyai misi sendiri dan enggan menyerah kalah di puncak liga. Apatah lagi, mereka ingin bangkitkan prestasi mereka selepas kemenangan tipis 2-1 ke atas Geylang International minggu lalu dan akan cuba sedaya upaya untuk menyekat impianSailors.

Mereka berharap prestasi baik Tomoyuki Doi di depan gol dapat membuat perbezaan dalam perlawanan itu. Penyerang Jepun itu telah menjaringkan 16 gol musim ini - terbanyak di liga.

Dalam satu lagi perlawanan, Geylang International bakal berdepan Young Lions di Our Tampines Hub petang esok. Anak buah Noor Ali ingin teruskan prestasi baik mereka setelah menang 3-1 dalam pertempuran 'derby' timur ke atas Tampines Rovers Rabu lalu.

Penyerang Amy Recha mampu menjadi pemain 'berbahaya' bagi pertahanan Young Lions setelah beliau menjaringkan sembilan gol musim ini. Persembahan baik beliau juga mampu menarik perhatian jurulatih negara Tatsuma Yoshida bagi pemilihan skuad negara nanti.

Bagi anak buah Philippe Aw pula, mereka sedang mencari kemenangan ketiga musim ini setelah menunjukkan prestasi positif dalam perlawanan-perlawanan mereka sebelum ini.

Albirex pula ingin kekalkan kedudukan mereka di puncak liga sekiranya menang ke atas Balestier Khalsa di Stadium Jurong East esok.

Namun, mereka berdepan dengan cabaran genting selepas Balestier 'membaham' Tampines 4-2 minggu lalu dimana penyerang Croatia, Šime Žužul, menyerlah dengan 'hat-trick' dalam perlawanan itu.

Tampines Rovers pula akan berdepan Tanjong Pagar United di Our Tampines Hub Ahad ini.

Tampines, yang telah kalah dalam 10 perlawanan berturut-turut sebelum ini, akan berjaga-jaga dengan Tanjong Pagar yang memasuki perlawanan itu dengan prestasi baik. Kelab yang digelar The Jaguars itu telah bangkit dari tempat corot liga menaiki di tangga kelima selepasbeberapa kemenangan yang mengejutkan sebelum ini.

Anak buah Noh Alam Shah berharap dapat mengecewakan Tampines dan bergantung harapan kepada penyerang import mereka, Luiz Junior dan Reo Nishiguchi untuk menjaringkan gol dalam perlawanan itu nanti.

Sehingga 1,000 penonton yang telah divaksinasi atau menunjukkan ujian negatif Covid-19 akan dibenar menyaksikan perlawanan SPL di stadium.


JADUAL PERLAWANAN MINGGU INI

MALAM INI, 7.45 MALAM

Lion City Sailors lwn Hougang United, Stadium Jalan Besar

ESOK, 5.30 PETANG

Geylang International lwn Young Lions, Our Tampines Hub

Albirex Niigata lwn Balestier Khalsa, Stadium Jurong East

AHAD, 5.30 PETANG

Tampines Rovers lwn Tanjong Pagar United, Our Tampines Hub

Siaran langsung perlawanan di YouTube, Facebook Liga Perdana Singapura, SingTel TV, StarHub TV

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3