Saint-Etienne sekat 'langkah kanan' Pochettino di PSG

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saint-Etienne sekat 'langkah kanan' Pochettino di PSG

Jan 8, 2021 | 5:30 AM

Saint-Etienne sekat 'langkah kanan' Pochettino di PSG

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SEKADAR SERI: Perlawanan pertama Mauricio Pochettino sebagai pengendali Paris Saint-Germain (PSG) berakhir dengan keputusan 1-1 di Saint-Etienne yang menyaksikan pasukan barunya ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Ligue 1, Lyon. - Foto REUTERS
SEKADAR SERI: Perlawanan pertama Mauricio Pochettino sebagai pengendali Paris Saint-Germain (PSG) berakhir dengan keputusan 1-1 di Saint-Etienne yang menyaksikan pasukan barunya ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Ligue 1, Lyon. - Foto REUTERS -

PARIS: Perlawanan pertama bagi Mauricio Pochettino dengan Paris St-Germain tidak berkesudahan seperti yang dijangka, apabila juara bertahan Liga Satu Perancis itu diikat 1-1 oleh Saint-Etienne semalam.

Romain Hamouma menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-19, selepas Idrissa Gueye hilang bola di pinggir kawasan penalti PSG.

Namun, kelebihan satu gol itu hanya kekal tiga minit, dengan Moise Kean - Pemain dari Everton yang dipinjamkan kepada PSG - mengawal bola dengan kemas dalam petak penalti dan menyumbat gol dari jarak dekat.

Dua mata yang tercicir itu bermakna PSG kini ketinggalan tiga mata di tangga kedua, di belakang pendahulu liga Lyon, yang menewaskan Lens 3-2 semalam.

PSG telah meloncat ke atas Lille mengikut kiraan gol selepas Lille, yang dipimpin Christopher Galtier tewas mengejut di tempat sendiri kepada Angers.

Di Paris, PSG menguasai permainan seperti yang dijangka, tetapi bergelut untuk mencipta banyak peluang gol ketara.

Pochettino, yang hanya dinamakan secara rasmi sebagai pengganti Thomas Tuchel pada Sabtu lalu, cuba merangsang pasukannya untuk bermain dengan lebih rancak dan menjadi lebih tajam di depan gol, tetapi gol kedua yang dicari-cari tidak muncul.

Keputusan seri ini mungkin lebih dirasai sebagai satu kekalahan, dengan PSG terdesak mempertahankan kejuaraan liga.

Sebaliknya, Saint-Etienne berjaya melanjutkan tempoh tanpa kalah kepada tujuh perlawanan.

Malah, ia boleh mengutip semua tiga mata jika pemainnya lebih tajam di depan gol.

Penyerang seperti Mathieu Debuchy dan Denis Bouanga beberapa kali menguji ketangkasan Keylor Navas di gawang PSG, tetapi tidak berdaya menembusinya.

PSG mempunyai dua peluang untuk memenangi perlawanan di penghujungnya, tetapi kurang tajam atau mendapati penjaga gawang Saint-Etienne Jessy Moulin tangkas mempertahankan gawang.

Moulin menyelamatkan percubaan pemain asal Argentina Angel di Maria, sebelum Pablo Sarabia merembat bola melewati palang gawang dari jarak dekat dalam masa kecederaan. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg