Topik diikuti
Pergi ke BHkuSaiyidah Aisyah mahu hadapi cabaran berlatih di sekitaran salji

INGIN KEKALKAN MOTIVASI: Saiyidah Aisyah mahu mengekalkan motivasi saya dengan meningkatkan sedikit latihannya di luar zon selesa beliau. - Foto KHALID BABA
Saiyidah Aisyah mahu hadapi cabaran berlatih di sekitaran salji
PENDAYUNG pertama Singapura yang menyertai Sukan Olimpik, Saiyidah Aisyah, kini mahu meningkatkan persembahannya dengan berlatih di salji.
Beliau yang sudah biasa berlatih dan bersaing di iklim yang panas, kini sedang merancang mengadakan latihan sama ada di New York atau Philadelphia pada musim sejuk.
