Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sajian lazat dan berkhasiat buat atlit serantau di Sukan SEA

May 5, 2015 | 4:38 PM
Pelari pecut Team Singapore (dari kanan) Dipna Lim-Prasad, Shanti Pereira dan Calvin Kang mencuba makanan bagi atlit Sukan SEA di Swissotel.
Pelari pecut Team Singapore (dari kanan) Dipna Lim-Prasad, Shanti Pereira dan Calvin Kang mencuba makanan bagi atlit Sukan SEA di Swissotel. -

ROMBONGAN atlit dan pegawai sukan serantau bakal disajikan dengan makanan setempat yang bukan sahaja lazat, malah berkhasiat di Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-28 bulan depan.

Lebih 120 hidangan halal - termasuk nasi ayam, mi soto dan pasta - telah dipilih dan bakal disajikan di 20 hotel yang menjadi tempat penginapan lebih 7,000 atlit dan pegawai sukan Sukan SEA.

Menu yang turut memenuhi keperluan makanan vegetarian (tanpa daging) itu dipilih hasil kajian selama dua tahun melibatkan Institut Sukan Singapura (SSI), Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA (Singsoc) dan sekumpulan cef.

Menurut Ketua NOC dan Sukan Singsoc, Encik Bob Gambardella, pihaknya prihatin bagi memilih makanan yang bukan sahaja lazat dan berkhasiat, malah memaparkan budaya Singapura demi memberikan atlit pengalaman indah dan berkekalan.

"Pemakanan memain peranan penting dari segi khasiat, tetapi ia juga satu sumber motivasi. Kami telah berusaha seberapa termampu bagi menyediakan makanan yang membantu atlit memberikan persembahan optimum," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg