Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sakkari tamatkan rentak Osaka

Apr 2, 2021 | 5:30 AM
Naomi Osaka
Naomi Osaka -

MIAMI: Rekod kemenangan 23 perlawanan berturut-turut yang dimiliki Naomi Osaka berakhir semalam, selepas beliau tewas 6-0 6-4 kepada Maria Sakkari di suku akhir Terbuka Miami.

Osaka yang biasanya tenang meskipun tertekan, dikejutkan oleh cara permainan Sakkari yang agresif dan melakukan 12 kesilapan sendiri dan gagal membuat pukulan untuk memenangi mata dalam set permulaan yang berlangsung selama 21 minit.

Osaka, 23 tahun, cuba menenangkan diri dan berjaya mendahului 3-3 dalam set kedua.

Namun Sakkari, 25 tahun dan berasal dari Greece, bangkit dari ketinggalan 4-1 dan memenangi lima perlawanan berturut-turut untuk memenangi set kedua.

Sakkari meraikan kemenangannya itu dengan teriakan yang lantang, memeluk pasukannya selepas berjaya memenangi seorang pemain di tiga tangga teratas ranking dunia bagi julung-julung kali.

Pemain nombor 25 di ranking dunia itu akan bertemu dengan Bianca Andreescu dalam separuh akhir, selepas warga Canada itu menewaskan pemain Sepanyol Sara Soribes Tormo 6-4 3-6 6-3.

"Saya amat ghairah dan begitu gembira," kata Sakkari, yang turut bangkit untuk mengatasi Jessica Pegula dalam pusingan sebelum ini.

"Mungkin, saya kini akan dikenali sebagai pemain yang selalu bangkit selepas ketinggalan," kata Sakkari. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg