Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saksikan Home United dan Albirex Niigata berentap, sertai Fiesta Bola Sepak pada 23 Feb

Feb 19, 2019 | 6:00 PM
JANGKA AKSI HEBAT: Pemain Home United Song Ui-yong (kiri) dan Aqhari Abdullah akan cuba membolosi benteng Albirex yang disusun dari belakang oleh penjaga gawang barunya Hyrulnizam Juma'at
JANGKA AKSI HEBAT: Pemain Home United Song Ui-yong (kiri) dan Aqhari Abdullah akan cuba membolosi benteng Albirex yang disusun dari belakang oleh penjaga gawang barunya Hyrulnizam Juma'at -

Saksikan Home United dan Albirex Niigata berentap pada 23 Feb, perlawanan buka tirai musim 2019

Juara bertahan Liga Perdana Singapura Albirex Niigata akan berentap dengan Home United bagi merebut Perisai Sumbangsih dan membuka tirai musim 2019, pada Ahad (23 Feb) ini.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) akan menganjurkan pelbagai kegiatan sampingan sempena perlawanan itu, bagi menarik penyokong bola sepak setempat menyaksikan perlawanan di Stadium Jalan Besar itu.

Fiesta Bola Sepak bermula dari 3 petang, sementara perlawanan antara Home dengan Albirex dijadual pada 6 petang.

Masuk adalah percuma, tetapi penyokong yang berminat perlu memohon untuk tiket di www.fas.org.sg/tickets. Setiap pemohon dihadkan kepada empat tiket.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg