Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Salah ajak kaum lelaki layan wanita dengan lebih hormat

Apr 19, 2019 | 05:30 AM



PEMAIN Liverpool Mohamed Salah berkata kaum lelaki 'dalam budayanya dan di Timur Tengah' perlu melayan wanita dengan sikap lebih hormat.



Beliau berkata demikian dalam wawancara khas dengan majalah Time yang menamakan beliau sebagai antara 100 tokoh paling berpengaruh di dunia.



Warga Mesir berusia 26 tahun itu, yang juga seorang Muslim, antara enam tokoh yang dipaparkan di muka depan majalah dari Amerika Syarikat itu.



Dalam wawancaranya, Salah bercakap tentang peri penting memberi layanan yang adil kepada wanita.



"Kita perlu mengubah cara kita melayan wanita dalam budaya kita," katanya.



"Itu sesuatu yang harus dilakukan, dan bukan sekadar pilihan yang boleh diketepikan," tambah beliau.



Tambah beliau:



"Kini, saya lebih menyokong wanita kerana saya percaya wanita berhak menerima sesuatu yang lebih baik daripada yang diterima mereka pada masa ini."



Salah antara bintang dunia yang dimuatkan dalam senarai yang turut menampilkan penyanyi Ariana Grande dan Lady Gaga, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan pengasas Facebook Mark Zuckerberg.



Pelawak Britain dan hos rancangan Last Week Tonight John Oliver, yang juga peminat setia Liverpool, menulis tentang Salah dalam majalah itu.



"Mo Salah ialah manusia hebat di dalam dan luar padang bola sepak... beliau seorang tokoh ikonik bagi warga Mesir, kaum Scouser (di Liverpool) dan Muslim di serata dunia," kata Oliver. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >