Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ANTARABANGSA

Salah bantu Mesir walau alami kecederaan; petanda 'masalah' dengan Liverpool?

Jun 08, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Hanya beberapa hari selepas Sadio Mane mencetus kontroversi dengan kata-katanya yang mencadangkan beliau ingin mengundurkan diri dari Liverpool, seorang lagi bintang kelab itu, Mohamed Salah, telah mengorak langkah yang mencetus tanda tanya mengenai masa depannya di sana.



Pemain asal Mesir itu telah menolak permintaan Liverpool untuk menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas kecederaan yang dialaminya.



Kecederaan sebenar itu tidak diketahui, tetapi Salah, 29 tahun, tetap beraksi mewakili negaranya dalam perlawanan pada Ahad lalu.



Beliau membantu Mesir menewaskan Guinea 1-0 di Kahirah, memulakan kempen kelayakan bagi Piala Negara-Negara Afrika dengan langkah kemenangan.



Namun, langkah Salah menolak permintaan Liverpool supaya beliau melalui pemeriksaan perubatan yang dijalankan oleh kakitangan Liverpool telah mencetus tanda tanya mengenai hubungan pemain itu dengan kelab, terutama selepas pengurus pasukan nasional Mesir, Ehab Galal, memberi pengesahan Salah tetap diturunkan walaupun menanggung kecederaan.



"Salah ditimpa kecederaan, tetapi tetap beraksi." kata Ehab.



Ehab berkata prosedur perubatan lanjut dijadual selepas perlawanan itu.



Mesir dijadual beraksi dalam perlawanan kelayakan dengan Habsyah di Lilongwe, Malawi, pada 9 Jun. Menyusuli itu, ia dijadual beraksi menentang Korea Selatan.



Dalam separuh masa pertama final Piala FA pada bulan lalu, Salah terpaksa dikeluarkan apabila mengalami kecederaan paha. Kecederaan yang sama turut menyebabkan beliau tidak dapat diturunkan dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) dengan Southampton.



Masa depan Salah dengan Liverpool masih tidak menentu kerana beliau belum lagi menandatangani kontrak baru dengan kelab itu, walaupun kontraknya pada masa ini dijangka luput pada Jun 2023.



Sebelum ini, Salah, yang memenangi anugerah But Emas bagi musim 2021-22, berkata beliau akan terus berada di kelab itu pada 2023, tetapi enggan mengulas lebih lanjut tentang masa depannya.



Awal dari itu, Mane mencetus kontroversi dengan hujahnya di sidang media semasa mewakili Senegal.



Mane, 30 tahun berkata beliau akan menuruti apa yang dimahukan oleh penyokong Senegal dan meninggalkan Liverpool pada musim panas ini.



Bercakap kepada seorang wartawan kelmarin, Mane berkata beliau tidak sangka kata-katanya itu akan menjadi tular dan beliau tidak lagi akan bercakap mengenai perkara itu.



Sebaliknya, beliau akur amat menghormati Liverpool dan penyokongnya.



"Saya tidak akan bercakap apa-apa lagi mengenai perkara ini kerana saya menghormati Liverpool dna penyokongnya.



"Buat masa ini, saya masih pemain Liverpool dan itulah hakikatnya," kata beliau.



Kontrak Mane dengan Liverpool berbaki sekitar setahun pada musim panas ini.



Beliau telah dikaitkan dengan kelab-kelab elit di Eropah, terutamanya kelab juara Jerman, Bayern Munich. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >