Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Salah tak boleh wakil Mesir

Liverpool antara kelab EPL yang enggan lepaskan pemain ke negara 'senarai merah' Covid-19
Aug 25, 2021 | 5:30 AM
PERNAH DIJANGKITI COVID-19: Salah pernah dijangkiti Covid-19 semasa melawat Kahirah November lalu. - Foto REUTERS
PERNAH DIJANGKITI COVID-19: Salah pernah dijangkiti Covid-19 semasa melawat Kahirah November lalu. - Foto REUTERS -

PERSATUAN Bola sepak Mesir mendakwa kelab Liga Perdana England, Liverpool, telah menghalang pemainnya, Mohamed Salah, daripada mewakili Mesir dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia ekoran sekatan terbaru Covid-19.

Mesir adalah antara negara dalam senarai merah Britain, sekali gus memerlukan Salah menjalani kuarantin sekembalinya dari Kahirah. Ini bermakna, penyerang itu akan terlepas peluang beraksi dalam dua perlawanan liga.

Selain pengecualian kuarantin dibenarkan, para pemain perlu menjalani tempoh pengasingan selama 10 hari setelah kembali ke Britain dari negara-negara dalam senarai tersebut.

Mesir dijadual bertemua Angola di Kahirah pada 2 September, sebelum ke Gabon tiga hari kemudian.

Salah, yang merupakan pemain penting bagi Liverpool, pernah dijangkiti Covid-19 semasa melawat Kahirah November lalu, semasa beliau menghadiri majlis perkahwinan anggota keluarganya.

Ketika itu, beliau pulang ke tanahair juga kerana untuk mewikili negaranya.

Penyerang berusia 29 tahun itu adalah pemain Mesir pertama memenangi kejuaraan Liga Perdana setelah menyertai Liverpool dari Roma pada 2018. Pemain itu dan Liverpool kini juga sedang dalam perbincangan untuk melanjutkan kontrak Salah.

Bagaimanapun, dipercayai bukan hanya Liverpool sahaja yang akan menghalang para pemain mereka daripada ke negara-negara dalam senarai merah itu.

Dengan hampir 100 pemain antarabangsa berpangkalan di Britain dan beraksi dalam Liga Perdana England, semua pihak mahukan pengesahan mengenai pengecualian kuarantin itu menjelang beberapa perlawanan antarabangsa dijadual bulan depan. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg