Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Salah tak minta syarat 'gila' untuk kekal di Liverpool

Tottenham bersuara kepada Man U mengenai kemungkinan Lingard pindah pada musim panas
Jan 13, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Mohamed Salah berkata beliau tidak menuntut syarat "gila" daripada Liverpool dan masa depannya di Anfield bukan di tangannya lagi sedang rundingan bagi kontrak barunya dijalankan.



Salah sedang berada di puncak prestasinya musim ini dengan menjaringkan 23 gol dalam 26 penampilan dalam semua kejohanan bersama skuad Jurgen Klopp.



Pemain berusia 29 tahun itu kini hanya tinggal dua tahun daripada kontrak yang ditandatangani bersama Liverpool pada 2018.



Liverpool mahu menghargai Salah selepas sumbangan cemerlangnya sejak tiba dari Roma pada harga £43.9 juta ($80.9 juta) pada musim panas 2017.



The Reds melanjutkan kontrak beberapa pemainnya sejak beberapa bulan lalu tetapi Salah masih belum meletak tandatangannya.



Bercakap mengenai masa depannya, Salah menegaskan beliau mahu kekal di Anfield, tetapi mengakui situasi kini dalam tangan pemilik FSG, selepas beliau menerangkan pendiriannya.



"Saya mahu kekal tetapi ia bukan dalam tangan saya. Ia dalam tangan mereka," kata penyerang itu kepada majalah GQ.



"Mereka tahu apa saya mahu, saya tak minta perkara gila. Mereka berminat memberi apa yang anda mahu kerana mereka menghargai apa yang anda lakukan untuk kelab.



"Saya ada di sini bagi tahun kelima. Saya sangat kenal kelab ini. Saya sayang penyokong dan mereka menyayangi saya.



"Tetapi berkenaan pentadbiran, mereka telah diberitahu situasinya. Ia dalam tangan mereka."



Ditanya apakah diiktiraf sebagai pemain terbaik dunia merupakan cita-citanya, Salah, yang telah menjaringkan 148 gol untuk Liverpool, berkata:



"Jika anda bertanya kepada saya sama ada ini adalah pemacu untuk saya berada di Liverpool, ya, sudah tentu.



"Saya tidak boleh berbohong dan berkata secara jujur saya tidak memikirkannya. Saya mahu menjadi pemain terbaik di dunia. Tetapi saya mempunyai kehidupan baik walaupun saya tidak memenangi (Balon D'or)."



Salah kini bersama skuad Mesir bagi kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika (Afcon). Mereka kalah 1-0 kepada Nigeria semalam.



Dalam pada itu, Tottenham telah bercakap dengan kem Manchester United bagi kemungkinan pemain tengah England Jesse Lingard berpindah musim panas akan datang.



Kontrak pemain berusia 29 tahun itu di Old Trafford tamat hujung musim ini dan masa depannya di United tidak tentu memandangkan kekurangan penampilannya musim ini.



Beliau bermain hanya empat minit sebagai pemain gantian semasa kemenangan pusingan ketiga Piala FA menentang Aston Villa kelmarin.



Lingard juga belum menjadi pemain kesebelasan pertama United di Liga Perdana England (EPL) musim ini.



Ia satu kekecewaan besar bagi Lingard, yang dipujuk bekas bos Ole Gunnar Solskjaer supaya kekal di Old Trafford pada musim panas sebelum ini atas dasar beliau akan mendapat lebih banyak peluang bermain.



Difahamkan bahawa Lingard tidak berhasrat meninggalkan United semasa jendela perpindahan bulan ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >