Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Salah teruskan sentuhan cemerlang; bakat muda City turut temui sasaran

Liverpool perkukuh kedudukan di tangga teratas kumpulan; Man City, Real Madrid turut tunjuk taring dengan kemenangan besar
Oct 21, 2021 | 05:30 AM



MADRID: Mohamed Salah meneruskan prestasi baiknya kelmarin dengan meledak dua kali ketika menang 3-2 mengatasi Atletico Madrid yang menamatkan pertarungan dengan 10 pemain untuk meletakkan Liverpool di tangga teratas Kumpulan B Liga Juara-Juara Eropah.



Salah menjaringkan gol pembukaan pasukan di Stadium Wanda Metropolitano selepas mengatasi tiga pemain pertahanan Atletico - yang menyaksikan penyerang sensasi asal Mesir itu menemui sasaran dalam sembilan perlawanan berturut-turut.



Dalam saingan sengit di Madrid, Naby Keita menggandakan kelebihan pasukan pelawat sebelum Atletico bangkit dengan dua gol sebelum tamat babak pertama menerusi Antoine Griezmann.



Griezmann kemudian dibuang padang pada minit ke-52 di atas kekasaran ke atas Roberto Firmino dan Liverpool menghukum Atletico apabila Mario Hermoso mengasari Diogo Jota bagi membuka peluang kepada Salah menyempurnakan sepakan penalti bagi gol kemenangan pasukannya`.



"Sejujurnya, bagaimana anda menang perlawanan, saya tidak peduli. Yang penting ialah tiga mata, bukan prestasi yang kurang menarik.



"Kami memenangi perlawanan-perlawanan kami sebelum ini dengan menunjukkan prestasi baik... tapi pada malam seperti ini, mendapatkan tiga mata adalah sangat penting," kata pengurus Liverpool, Juergen Klopp, kepada BT Sport.



Kemenangan itu mengekalkan Liverpool di puncak Kumpulan B dengan sembilan mata, lima mata di depan penghuni tempat kedua Atletico dan Porto di tempat ketiga, dengan AC Milan tanpa mata di tangga terakhir.



Sementara itu, dua gol sentuhan Riyad Mahrez membantu Manchester City menunjukkan "antara persembahan Liga Juara-Juara terbaik" mereka semasa membenam Club Brugge 5-1 kelmarin dan mengukuhkan semula status mereka sebagai pencabar utama untuk merangkul takhta Eropah pertama mereka.



Joao Cancelo meletakkan City di depan pada setengah jam perlawanan dengan Mahrez menyempurnakan penalti sebelum waktu rehat ketika pasukan Pep Guardiola bangkit semula dengan bergaya daripada kekalahan bulan lalu kepada Paris Saint-Germain (PSG).



Kyle Walker menambah kelebihan City di awal babak kedua dan Cole Palmer, 19 tahun, mencatatkan gol sulungnya dalam Liga Juara-Juara beberapa minit selepas masuk padang sebagai pemain gantian.



Hans Vanaken menjaringkan gol saguhati bagi pasukan tuan rumah sebelum Mahrez menyempurnakan kemenangan City dengan jaringan keduanya malam itu.



"Ia adalah antara persembahan terbaik kami di medan Eropah," kata Guardiola. "Kami semua gembira. Kami bermain dengan cemerlang."



Kemenangan itu memberikan City enam mata selepas tiga perlawanan dalam Kumpulan A, dengan juara liga England dan juara liga Belgium itu akan bertemu sekali lagi dalam masa dua minggu di Stadium Etihad.



"Sekiranya kami dapat kutip tiga lagi mata, untuk mengumpul sembilan mata berbaki dua perlawanan, kami akan berada lebih dekat untuk mara ke pusingan seterusnya," tambah Guardiola.



Dalam perlawanan Liga Juara-Juara lain kelmarin, Real Madrid membelasah Shakhtar Donetsk 5-0 dengan Karim Benzema menjaringkan gol sebelum berdepan perbicaraan di Perancis atas dakwaan melakukan peras ugut.



Pemain antarabangsa Perancis itu dijangka menghadiri perbicaraan di Perancis semalam bersama empat tertuduh yang lain atas dakwaan terbabit dalam peras ugut terhadap rakan senegara, Mathieu Valbuena.



Kemenangan itu mengembalikan keceriaan penyokong pasukan selepas Real - juara Eropah sebanyak 13 kali - diaibkan di padang sendiri apabila kalah mengejut di tangan kelab kerdil Moldova, Sheriff Tiraspol, pada perlawanan sebelum ini.



Kelab gergasi Italy AC Milan pula tumpas di tangan Porto 0-1 menerusi gol kemenangan Luis Diaz di Estadio do Dragao kelmarin.



Milan kini belum mencatat sebarang mata sejauh ini setelah kalah kesemua tiga perlawanan mereka. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >