Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Salleh Nanang kembali pimpin pasukan sepak takraw S’pura

Bekas tekong nasional, Nurhisham Adam dilantik sebagai penolong jurulatih
Apr 06, 2024 | 01:57 PM



Bekas perejam nasional, Salleh Nanang, 62 tahun telah dilantik semula sebagai ketua jurulatih pasukan sepak takraw Singapura – kali keenam beliau mendukung peranan itu sejak 2002.

Beliau menggantikan ketua jurulatih nasional terdahulunya, Padzli Othman, yang mana kontraknya bersama Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) telah tamat pada Mac 2024. Padzli telah memberitahu Berita Harian (BH) pada ketika itu beliau tiada hasrat untuk melanjutkan kontrak dengan Perses.

Salleh akan dibantu oleh bekas kapten pasukan Singapura, Nurhisham Adam, menjelang ujian pertama pasukan bimbingan mereka di Piala Dunia Istaf 2024 di Kuala Lumpur, Malaysia, yang berlangsung 18-26 Mei.

Kededua ikon sepak takraw negara itu dilantik oleh Jawatankuasa Persediaan Temasya Sukan Utama (MGPC) Sukan Singapura.

Pelantikan Salleh dan Nurhisham diumumkan dalam satu catatan di laman Facebook Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) pada 6 April dan turut disahkan oleh seorang jurucakap Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).

Bercakap kepada Istaf, Salleh berkata: “Kami dilantik dua minggu lalu oleh Jawatankuasa Persediaan Temasya Sukan Utama (MGPC) Sukan Singapura.

Kali terakhir Salleh mengendalikan skuad nasional adalah pada Sukan SEA Filipina 2019, seterusnya membimbing sebuah pasukan jemputan antarabangsa dalam liga Malaysia 2020, sebelum digantikan oleh Padzli.  

Antara pencapaian terbaik dalam kerjaya jurulatih Salleh adalah membantu Singapura meraih dua pingat gangsa Sukan SEA Naypyidaw 2013, iaitu yang pertama sejak 2003.

Nurhisham, 56 tahun, ialah bekas tekong Singapura, yang memenangi pingat gangsa Sukan Asia Bangkok 1998 (regu berpasukan) dan Busan 2002 (antara regu).

Sebagai ketua jurulatih, beliau berjaya membantu Singapura menjuarai Divisyen Satu Kejohanan Dunia Piala Raja Thailand pada 2010 sekali gus dinaikkan ke Divisyen Perdana kejohanan itu pada 2011.

Latihan pasukan nasional bersama dua jurulatih baru ini telah mula dijalankan. 

MGPC, yang dilantik SNOC, bertujuan melindungi kepentingan pemain sepak takraw negara dan memastikan latihan dan persiapan mereka untuk menyertai temasya sukan utama dapat diteruskan.

Pasukan nasional sepak takraw Singapura telah berada di bawah kendalian MGPC sejak Januari 2023, berikutan penggantungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) terhadap  presiden Perses, Nasri Haron, dan setiausaha agung Perses, Zahid Abdul Aziz.

Perses juga sudah hilang keanggotaannya dalam Istaf dan kemudian sebagai ahli kerabat SNOC pada November 2023 akibat penggantungan itu. 

BH pada Mac, melaporkan empat calon telah disenarai dan diwawancara oleh SNOC bagi merebut ‘kerusi panas’ dalam pasukan nasional lelaki sepak takraw Singapura.

Pada 20 Februari, SNOC memuat naik iklan untuk melantik jurulatih nasional sepak takraw di laman web mencari pekerjaan, My Careers Future, dengan menawarkan kontrak secara sambilan selama setahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >