Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sam Allardyce berhenti sebagai pengurus England

Sep 28, 2016 | 7:26 AM
Sam Allardyce dipecat sebagai pengurus England selepas 67 hari sahaja.
Sam Allardyce dipecat sebagai pengurus England selepas 67 hari sahaja. - GAMBAR AFP

LONDON: Pelantikan Sam Allardyce sebagai pengurus England berakhir dengan cara memalukan selama 67 hari sahaja pada Selasa (27 Sep), selepas komen kontroversinya dalam satu sengatan akhbar.

Allardyce kehilangan pekerjaan itu selepas secara rahsia bercakap kepada seorang wartawan harian Telegraph yang menyamar sebagai ahli perniagaan Timur Jauh.

Pengurus berusia 61 tahun itu secara rahsia dirakamkan memberi nasihat tentang cara mengelakkan peraturan pemindahan, mengkritik keputusan Persatuan Bola Sepak England (FA) membina semula stadium Wembley dan mengejek pendahulunya, Roy Hodgson.

Allardyce, yang dilantik sebagai pengurus England pada Julai dengan kontrak £3 juta ($5.3 juta) setahun, juga bersetuju pergi ke Singapura dan Hong Kong sebagai duta firma rekaan mereka pada bayaran £400,000.

Beliau dan FA bersetuju kedudukannya tidak boleh dipertahan, memberi beliau tiada pilihan kecuali meninggal pekerjaan impiannya yang didambakan lebih satu dekad.

Gareth Southgate, jurulatih bawah 21 England, akan mengendalikan sementara pasukan senior bagi empat perlawanan seterusnya.

"FA boleh mengesahkan bahawa Sam Allardyce telah meninggalkan jawatannya sebagai pengurus England," kata satu kenyataan FA.

"Kelakuan Allardyce, seperti yang dilaporkan hari ini, tidak sesuai sebagai pengurus England. Beliau mengaku telah membuat kesilapan pertimbangan besar dan telah memohon maaf."

Komen Allardyce itu disiasrkan pada lewat Isnin dan pada awal pagi Selasa, bekas pengurus Sunderland dan West Ham itu memandu ke London dalam usaha yang gagal untuk menyelamatkan jawatannya. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg