Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU PIALA FA

Sama kuat, sama dahaga trofi

SEPARUH akhir Piala FA hujung minggu ini menyaksikan dua pesaing utama kejuaraan liga - Liverpool dan Manchester City - berentap sekali lagi, sementara dua kelab berjiran - Chelsea dan Crystal Palace - bertemu untuk menunjukkan siapakah lebih tangkas di Wembley nanti. Liverpool, City masing-masing tidak mahu sesia peluang gondol piala berganda
Apr 16, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Tidak banyak faktor memisahkan Liverpool dan Manchester City semasa pesaing utama mahkota Liga Perdana England (EPL) ini berentap dan seri di Stadium Etihad Ahad lalu.



Kededua kelab ini masih berpeluang agak sama menjulang trofi EPL pada akhir musim, walaupun City, yang berada di puncak EPL sekarang, mempunyai kelebihan tipis satu mata.



Namun, salah satu kelab akan kecewa malam ini apabila bertemu sekali lagi, kali ini di Wembley dalam separuh akhir Piala FA.



Kededuanya bukan memburu Piala FA semata-mata, malah rekod kecemerlangan yang sukar digapai.



Dengan Liverpool masih berpeluang memenangi EPL dan Liga Juara-Juara Eropah, jurulatih Juergen Klopp dan anak didiknya masih memburu empat trofi musim ini.



Jika Liverpool menewaskan City, ia melangkah lebih dekat kepada trofi kedua selepas menjulang Piala Carabao awal tahun ini.



City pula masih memburu tiga trofi, termasuk EPL dan Liga Juara-Juara.



Piala FA mungkin tidak menjadi keutamaan Pep Guardiola pada awal musim, tetapi memenanginya bermakna City ia tidak mengakhiri musim ini dengan tangan kosong, dan lebih penting lagi, jika ia mara ke final, ia telah meruntuhkan peluang Liverpool memenangi satu lagi trofi musim ini.



Klopp, yang menyifatkan perlawanan EPL menentang City minggu lalu bak perlawanan tinju, berkata pasukannya harus lebih sedar mereka perlu membuat hantaran mudah untuk mengawal perlawanan dan menembusi benteng lawan.



Beliau juga pastinya telah menggesa pemainnya supaya mempertahankan benteng mereka dengan lebih tenang.



"Semasa bertahan, kami kadangkala bersikap gopoh, dan membiarkan City memberi tekanan ke atas kita... tentunya kami boleh bertahan dengan lebih baik," ujar Klopp.



Seterunya, Guardiola mungkin setuju.



Bercakap kepada wartawan pada akhir keputusan seri di Stadium Etihad, Guardiola berkata Klopp seorang pengurus yang amat dihormatinya dan kehadiran Klopp memaksanya menjadi pengurus lebih baik.



"Saya tidak tahu sama ada Juergen menghormati saya, tetapi saya amat menghormatinya," kata Guardiola.



"Beliau menjadikan saya pengurus lebih baik... pasukan yang diturunkannya selalu bersikap positif, agresif dan mereka mahu menyerang. Saya cuba meniru aspek ini."



Guardiola melahirkan harapan dapat makan semeja dengan Klopp satu hari nanti.



"Buat masa ini, kami bukan kawan. Kami tidak makan malam bersama. Tapi satu hari nanti, kami mungkin boleh berbuat demikian.



"Saya ada nombor telefonnya, tetapi saya tidak pernah menelefonnya kerana terlalu menghormatinya," ujar Guardiola.



"Sabtu (Malam) ini, Klopp tahu kami akan cuba menewaskan pasukannya."



Kapten Liverpool, Jordan Henderson, berkata pasukannya akan terus memburu City dalam apa sahaja pertandingan, hingga ke akhir musim.



"Kami tidak akan berhenti berusaha memenangi setiap perlawanan yang kami sertai," ujar Henderson.



Liverpool telah memenangi Piala FA sebanyak tujuh kali, berbanding City enam kali.



Kali terakhir Liverpool memenangi pertandingan ini pada 2006. Waktu itu final dengan West Ham berkesudahan 3-3 selepas masa tambahan dan Liverpool memenangi tendangan penalti 3-1.



City kali terakhir memenangi Piala FA pada 2011, apabila ia menewaskan Stoke City 1-0. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >