Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:16
Isyak
8:25

Saman fitnah: Rui Yong perlu bayar $180,000 kepada Ashley Liew

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Saman fitnah: Rui Yong perlu bayar $180,000 kepada Ashley Liew

Sep 24, 2021 | 05:30 AM

MAHKAMAH Daerah telah mengarahkan atlet maraton terbaik setempat Soh Rui Yong untuk membayar bekas rakan sepasukan Ashley Liew $180,000 kerana memfitnahnya.

Bayaran itu merangkumi $120,000 bagi ganti rugi umum dan $60,000 bagi ganti rugi teruk.

Pertikaian berpanjangan antara kededua rakan sepasukan nasional itu bermula lebih dua tahun lalu pada June 2019, apabila Liew memulakan prosiding terhadap Soh berhubung lima kenyataan mengenai perbuatan adil yang dilakukan oleh Liew.

Soh menyangkal perbuatan adil itu berlaku melalui kenyataan-kenyataannya, dengan yang pertama diterbitkan pada Oktober 2018.

Dalam kenyataannya selepas keputusan mahkamah itu diketahui, Liew berkata:

"Keluarga saya amat menghargai keputusan hari ini yang mewajarkan tuntutan saya. Perjalanan ini, yang dimulakan pada Oktober 2018 panjang dan berliku-liku.

Menambah, Liew melahirkan harapan agar semua pihak akan pulih dari insiden itu bagi kebaikan sukan di Singapura, termasuk nilai-nilai murni yang menjadi pegangan atletik.

Namun, menulis di Facebook sebelum menerima keputusan mahkamah semalam, Soh berkata beliau masih berpegang kepada apa yang telah dikatakannya.

"Ini kerana ia adalah apa yang saya lihat pada hari itu dan saya tidak aka memberi keterangan di mahkamah sebagai saksi kepada perkara lain. Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk berbohong."

Dalam dakwaannya dan diterbitkan menerusi dua pos blog serta dua pos dan satu komen di Facebook, Soh menyangkal keterangan Liew mengenai perbuatan adil yang dilakukannya di acara maraton Sukan Sea 2015.

Liew berkata beliau telah berlari lebih perlahan untuk membolehkan atlet lain mengejarnya selepas mereka terlepas satu pusingan-U dan mengikut laluan lain.

Liew mengakhiri perlumbaan itu di tempat kelapan, dengan Soh menjadi juara.

Menyusuli itu, Liew menerima dua anugerah bagi perbuatannya itu dari Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan Jawatan Kelakuan Adil Antarabangsa, yang memberikannya Trofi Kelakuan Adil de Coubertin Sedunia. Beliau juga dipuji Menteri Kabinet.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3