Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK KELAYAKAN PIALA ASIA - ANALISIS BERITA

Sampai bila penyokong perlu sabar dengan Singa?

Matlamat layak ke Piala Asia berkecai sudah, anak didik Nishigaya perlu menang ke atas Myanmar jika mahu elak akhiri kelayakan di tangga corot kumpulan
Jun 14, 2022 | 05:30 AM



MATLAMATNYA jelas - untuk memburu kelayakan di Piala Asia AFC tahun depan.



Namun, selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut ke atas lawan yang berkedudukan lebih tinggi - 1-2 kepada Kyrgyzstan (pasukan nombor 95 dunia) dan 0-1 kepada Tajikistan (pasukan nombor 114), pasukan Singa yang dipimpin oleh Takayuki Nishigaya hanya mampu menggigit jari dan merawat rasa kesal.



Ini mungkin adalah peluang terbaik mereka untuk mara ke pentas terunggul bola sepak Asia buat julung kalinya dalam 38 tahun, tetapi ia bak disesiakan begitu sahaja.



Singapura, yang menghuni tangga ke-158 dalam ranking dunia, hanya sekali pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia - pada 1984 sebagai tuan rumah edisi itu.



Sejarah yang diharap dapat dicipta dalam kempen kelayakan kali ini kini masih belum tercapai.



Singapura telah menunjukkan bahawa ia mampu bersaing dengan pasukan lebih kuat.



Namun kemampuan sahaja tidak mencukupi. Dalam pertandingan, kemampuan harus mencetuskan kemenangan - sesuatu yang anak didik Nishigaya gagal mencapainya.



Justeru, di mana silapnya?



Perjalanan Singapura menjelang kelayakan Piala Asia bermula cerah dan penuh harapan, dirangsang oleh persembahan positif lagi meyakinkan apabila mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki pada Disember lalu.



Namun, perjalanan itu menempuhi beberapa halangan, dengan peletakan jawatan jurulatih Tatsuma Yoshida lewat Disember lalu dan Nishigaya hanya dilantik kira-kira sebulan sebelum kelayakan Piala Asia ini.



Nishigaya tidak memiliki banyak masa bersama pasukan negara tetapi berjanji untuk meneruskan falsafah Yoshida. Dalam kelayakan sejauh ini, Nishigaya mengekalkan formasi 3-5-2 yang diterapkan rakan senegaranya dari Jepun lantas menepati janji itu.



Ia nyata gaya permainan itu berhasil untuk Singapura dalam beberapa perlawanan yang lalu, tetapi apabila berdepan lawan yang lebih handal, Nishigaya mungkin perlu bersifat lebih berani mengatur strategi mahupun barisan pemain yang berbeza.



Untuk dua perlawanan berturut-turut, pemain midfield Song Ui-young mengambil masa untuk menyesuaikan diri pada permainan.



Penyerang Ikhsan Fandi dan Faris Ramli, yang memulakan kedua-dua perlawanan, pula gagal menemui sasaran meskipun disajikan beberapa peluang jaringan yang baik.



Keletihan juga mungkin menjejas tunggak pasukan yang kebanyakannya sebelum ini sibuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia dan liga domestik masing-masing.



Pemain dari bangku simpanan - yang merangkumi pemain seperti Gabriel Quak, Hafiz Nor, Amirul Adli dan Adam Swandi - pula tidak cukup oomph untuk memberi kesan dan mengubah kedudukan pasukan.



Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Nishigaya kerana berani menyertakan bakat muda dalam skuad.



Shah Shahiran dan Nur Adam Abdullah telah beraksi baik di padang, dengan wajah baru seperti Glenn Kweh, Ryhan Stewart dan Ryaan Sanizal membentuk masa depan cerah skuad senior negara.



Dalam pada itu, Singapura menetapkan matlamt mempertahankan maruah mereka ketika menutup kempen kelayakan menentang Myanmar hari ini.



Kemenangan akan mengelakkan Singa daripada mengakhiri kempen kelayakan ini di tangga corot Kumpulan F.



Bercakap selepas pasukannya tersingkir menyusuli kekalahan pada Sabtu lalu, Nishigaya berkata:



"Saya minta maaf kepada penyokong Singapura. Kami boleh memperbaiki persembahan dengan meneruskan apa yang sedang kami lakukan.



"Jadi, yakinlah pada keupayaan kami... yakinlah pada pemain dan pasukan saya."



Inilah pertaruhan yang diambil Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan begitulah hasilnya.



Sekali lagi, penyokong bola sepak negara diminta bersabar dan terus yakin pada pasukan Singa. Tetapi, sampai bila?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >