Topik diikuti
Pergi ke BHkuSanchez 'kunci' kejayaan Arsenal
Premium
Sanchez 'kunci' kejayaan Arsenal
Penyerang Chile temui sentuhan cemerlang tepat pada masanya, pasukan Wenger tak mampu kecundang apabila terima kedatangan Olympiakos
Sep 29, 2015 | 5:30 AM
Sanchez 'kunci' kejayaan Arsenal
PAMER AKSI CEMERLANG: Bintang Arsenal, Alexis Sanchez (jersi 17), meraikan hatrik semasa menentang Leicester pada Sabtu lalu. Kecemerlangannya tentu berita baik menjelang pertemuan dengan Olympiakos dalam Liga Juara-Juara hari ini. - Foto REUTERS -
LONDON: Bintang England, Theo Walcott, berkata bahawa kunci kejayaan Arsenal dalam Liga Juara-Juara Eropah terletak pada bahu rakan penyerang, Alexis Sanchez, meneruskan kecemerlangan seperti semasa memporak-perandakan pertahanan Leicester dalam Liga Perdana pada Sabtu lalu.
Penyerang Chile itu mencatatkan hatrik yang cemerlang bagi membantu Arsenal menimpakan kekalahan pertama 5-2 Leicester musim ini.
