Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sancho digantung tak bertali

Sep 26, 2023 | 09:06 AM



LONDON: Jadon Sancho dilaporkan dilarang menggunakan sebarang kemudahan pasukan utama di Manchester United.

Pemain sayap England berusia 23 tahun itu disingkir daripada skuad senior selepas mengkritik pengurus Erik ten Hag secara terbuka.

Ten Hag menuduh Sancho tidak berlatih bersungguh-sungguh untuk meraih tempat dalam skuad perlawanan United menentang Arsenal pada 3 September.

Namun Sancho membidas pengurus dari Belanda itu dalam media sosial, menganggap dirinya sering dijadikan “kambing hitam”, dan menggelar ten Hag penipu.

Sancho tidak beraksi buat United sejak itu dan dilarang menghadiri latihan pasukan utama menyusuli pendirian tegas ten Hag, sekalipun sesetengah rakan sepasukannya tidak bersetuju dengan tindakan pengurus itu.

Kini The Mirror melaporkan Sancho tidak dibenarkan menghampiri mana-mana kawasan di Carrington bagi pasukan senior lelaki, termasuk kantin.


Ia bermakna Sancho terpaksa makan bersama pemain akademi Red Devils selain berlatih dengan mereka.

Ten Hag, bagaimanapun, dikatakan sedia menerima Sancho dengan tangan terbuka tetapi dengan satu syarat kritikal.

Jika tiada jalan penyelesaian ditemui, ten Hag pasti akan menjual Sancho tahun depan.

Perpindahan ke Arab Saudi mungkin antara pilihan memandangkan Sancho dilaporkan menerima gaji £350,000 ($584,000) seminggu di Old Trafford. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >