Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saswa tinggalkan Home United

Apr 19, 2019 | 6:12 PM
UNDUR DIRI: Saswadimata tinggalkan Home United sebagai ketua jurulatih.
UNDUR DIRI: Saswadimata tinggalkan Home United sebagai ketua jurulatih. - Foto Desmond Wee

JURULATIH pasukan Home United, Saswadimata Dasuki, telah mengundur diri daripada jawatannya.

Menerusi laman Facebook mereka, Home berkata Kelab Bola Sepak Home United (HUFC) dan Saswadimata telah saling bersetuju bagi ketua jurulatih itu meninggalkan kelab tersebut serta-merta.

"HUFC ingin mengucapkan terima kasih kepada Saswa atas sumbangannya selepas menyertai kelab ini sebagai penolong jurulatih pada 2017 dan setelah dilantik sebagai ketua jurulatih bagi musim 2019.

"Sepanjang berkhidmat dengan HUFC, Saswa berjaya memimpin kelab ini mencapai kejayaan termasuk semasa Piala Perisai Masyarakat baru-baru ini.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Saswa atas khidmatnya di HUFC dan mengucapkan selamat kepadanya," kata HUFC.

Dalam pada itu, penolong jurulatih Noh Rahman telah dilantik sebagai ketua jurulatih sementara.

Kelab itu sedang dalam proses melantik ketua jurulatih baru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg