Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ISU PENJUALAN CHELSEA

Satu lagi firma pelaburan antarabangsa kemuka bidaan beli Chelsea

Sekurang-kurangnya empat konsortium umum minat beli kelab Stamford Bridge sejak pemilik Chelsea Roman Abramovich ambil keputusan undur diri susuli konflik Russia-Ukraine yang kian memburuk
Mar 23, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Firma pelaburan antarabangsa Centricus dilaporkan memberi pendanaan kepada satu lagi bakal pembeli dari Britain yang ingin mengambil alih Chelsea.



Mengulas lebih lanjut, firma itu berkata ia berbuat demikian demi mengekalkan dan memberi sokongan kepada pengurusan yang sedia ada.



Kelab terkemuka Liga Perdana England (EPL), Chelsea, diletakkan dalam pasaran untuk dijual oleh pemiliknya dari Russia, Roman Abramovich, sejurus sebelum urusan perniagaannya di Britain disekat - antara tindakan susulan pemerintah Britain menyusuli pencerobohan Russia ke atas jirannya, Ukraine.



Bidaan terkini untuk membeli Chelsea yang disokong Centricus - yang mempunyai aset bernilai £29 bilion ($51.8 bilion) - itu difahami juga melibatkan beberapa pemilik tiket musiman Chelsea.



Sekurang-kurangnya empat konsortium telah mengumumkan hasrat untuk membeli Chelsea.



Antara mereka ialah kumpulan yang dibentuk bekas pengerusi Liverpool, Martin Broughton, dan Presiden Atletik Sedunia, Sebastian Coe, dari Britain, dan satu lagi kumpulan yang dipimpin oleh pelabur hartanah di Britain, Nick Candy.



Malah, Candy telah menambah bidaannya kelmarin, selepas satu lagi pelabur menyertai Konsortium Blue Football yang diketuainya.



Candy, yang dikatakan penyokong setia Chelsea, telah mempertingkat bidaan bernilai £2 bilion selepas sebuah institusi kewangan dari Korea Selatan menyertai konsortiumnya pada hujung minggu lalu.



Dalam laporannya, BBC berkata bukti pendanaan baru itu telah diserahkan konsortium tersebut kepada firma pelaburan dari Amerika Syarikat, Raine Group, yang mengendalikan urusan penjualan kelab itu.



Selain minat dari Britain untuk membeli Chelsea, dua kumpulan dari Amerika Syarikat juga telah tampil.



Keluarga Ricketts, antara jutawan yang paling dikenali di Amerika, telah melahirkan hasratnya untuk berbuat demikian, sementara pasangan jutawan dari Switzerland, Hansjorg Wyss, dan pemilik bersama pasukan bola lisut Los Angeles Dodgers, Todd Boehly, turut tampil membuat membida.



Ada juga laporan Saudi Media Group telah membuat bidaan, berganding dengan Raine Group.



Difahami, semua usulan akan ditimbangkan pada minggu ini dan penjualan akan diuruskan pada akhir bulan ini.



Pengasas bersama Centricus, Nizar Al-Bassam, dan ketua eksekutif, Garth Ritchie, memimpin kumpulan bidaan mereka, yang juga disertai dua pengurus dana pelaburan - Jonathan Louri dari Cheyne Capital dan Bog Finch dari Talis Capital.



Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata ia komited untuk menyokong kelab itu dan pihak berkepentingan utama kelab itu untuk memastikan kelab tersebut terus berjaya.



Menambah, ia berkata:



"Pendanaan yang kami peruntuk bagi perjanjian ini termasuk pendanaan bagi melengkapkan urus niaga dan pendanaan bagi modal yang diperlukan untuk mengendalikan CFC Group.



"Ia juga memperuntuk dana yang diperlukan untuk memelihara jenama dunia yang elit, pelaburan dalam inisiatif bola sepak di peringkat akar umbi dan dalam masyarakat, seperti Akademi Chelsea, pasukan wanita, program pembangunan belia dan Yayasan Chelsea; serta pelaburan hartanah yang strategik.



"Hasrat kami adalah untuk mengekalkan pihak pengurusan yang sedia ada dalam operasi perniagaan dan sukan CFC Group dan memberi sokongan kepada mereka. Kami juga bertujuan mengekalkan arah strategi yang ada.



"Adalah jelas, CFC Group telah menjalankan operasi dalam keadaan yang mencabar dan kami tahu peri pentingnya bagi CFC Group, penyokong dan pihak berkepentingan lain supaya sebarang peralihan dijalankan secara stabil dan tanpa gangguan."



Bekas kapten Chelsea, John Terry, juga telah memberikan sokongan kepada satu kumpulan yang berkata ia ingin membeli 10 peratus kelab itu demi memastikan sesiapa yang mengambil alih kepimpinannya The Blues akan terus bersikap bertanggungjawab kepada kelab dan penyokong.



Konsortium itu dipercayai mendapatkan nasihat dari Oakvale Capital dan disokong oleh Amanah Penyokong Chelsea, Pemilik Padang Chelsea dan bekas pemain Chelsea dan England, Claire Rafferty.



Terry berkata:



"Buat sekian lama, Chelsea telah memainkan peranan penting dalam hidup saya... selama 22 tahun lamanya. Saya ingin sejarah dan warisan kelab ini dilindungi sedang kita melangkah ke era baru bersama individu yang bersependapat dan mempunyai wawasan jangka panjang yang sama, iaitu membangunkan kelab bola sepak terbaik di dunia." - Agensi berita.




PIHAK BERMINAT BELI CHELSEA



Blue Football Consortium



Diketuai oleh peniaga Nick Candy (kanan, gambar kiri), yang berkata beliau adalah penyokong setia Chelsea.



Jutawan dan pemilik pasukan bola lisut



Pemilik bersama pasukan bola lisut Los Angeles Dodgers Todd Boehly (gambar kanan) dan jutawan dari Switzerland Hansjorg Wyss telah bergabung untuk membida bagi Chelsea.



Centricus



Pengasas bersama Centricus, Nizar Al-Bassam, dan Ketua Pegawai Eksekutif, Garth Ritchie, dilaporkan telah menyerahkan bidaan mereka untuk membeli Chelsea pada hujung minggu lalu. Firma pelaburan itu mempunyai aset bernilai £29 bilion ($51.8 bilion).



Keluarga Ricketts



Keluarga jutawan yang diketuai oleh Joe Ricketts ini dilaporkan mempunyai aset bernilai AS$4.9 bilion ($6.6 bilion). Ia juga memiliki pasukan bola lisut dari Amerika Syarikat, Chicago Cubs.



Martin Broughton & Sebastian Coe



Bekas pengerusi Liverpool, Martin Broughton, dan Presiden Atletik Sedunia, Sebastian Coe (gambar kiri), mengetuai konsortium yang tidak bernama ini.



Saudi Media Group



Tidak banyak diketahui tentang kumpulan peniaga dari Arab Saudi ini, tetapi laporan media di Britain berkata peluang kumpulan ini membeli Chelsea adalah tipis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >