Satu-satunya wakil S'pura ghairah nantikan 'pengalaman unik'
Premium
Satu-satunya wakil S'pura ghairah nantikan 'pengalaman unik'
Feb 9, 2018 | 5:30 AM

WAKIL SULUNG NEGARA: Apa jua keputusan perlumbaannya nanti, atlit luncur laju jarak dekat Cheyenne Goh akan mencipta sejarah sebagai wakil pertama Singapura di temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk. - Foto fail -
BELIAU satu-satunya wakil Singapura apabila temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk dibuka secara rasmi di Pyeongchang, Korea Selatan, hari ini.
Dan sekalipun ghairah menantikan hari bersejarahnya apabila turun bertanding, atlit luncur laju jarak dekat Cheyenne Goh berusaha kekal tenang dan terus memberi fokus pada acaranya itu nanti.

