Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Saya akan buktikan saya boleh pimpin Everton: Benitez

Pengurus baru azam pikat penyokong yang kecam pelantikannya dengan membawa kejayaan kepada kelab
Jul 16, 2021 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Pengurus baru Everton Rafael Benitez berkata kejayaan akan membantunya memikat hati penyokong kelab itu, yang mengecam pelantikannya.



Benitez, 61 tahun, bekas pengurus Liverpool - seteru tradisi Everton - dan pada 2007 beliau ditukil menyifatkan Everton sebagai kelab kecil, selepas Liverpool diikat seri oleh kelab itu.



Malah, permusuhan antara Liverpool dan Everton menyebabkan sepanduk yang mengancam keselamatan Benitez digantung pada rumahnya di Merseyside.



"Perkara itu berlaku lama dahulu," kata Benitez, apabila diminta mengulas mengenai komennya tentang Everton sebagai sebuah kelab kecil.



"Bagi saya, jika anda dilantik menjadi pengurus pasukan, anda harus mempertahankan kelab anda dalam sebarang konteks.



"Dari sudut pandang ini, saya akan berjuang untuk Everton dan bersungguh-sungguh mempersiap pasukan ini supaya dapat bersaing dengan sebarang pasukan.



"Saya tahu di mana kedudukan kami musim lalu dan saya tidak mahu berhujah panjang. Sebaliknya, saya akan menunjukkan saya boleh memimpin kelab ini."



Benitez menggantikan Carlo Ancelotti selepas warga Italy itu menyertai Real Madrid bulan lalu.



Beliau pengurus pertama sejak 1800-an yang pernah memimpin kededuanya, Liverpool dan Everton.



Benitez memimpin Liverpool dari 2004 hingga 2010, dan mengambil alih kepimpinan Everton yang mengakhiri musim lalu Liga Perdana England (EPL) di tangga ke-10.



Selepas memimpin Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara Eropah, Benitez meninggalkan EPL tetapi kembali untuk memimpin Chelsea.



Beliau turut dikecam penyokong Chelsea, tetapi membantu kelab itu memenangi Liga Europa. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >