Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

'Saya gagal bawa MU ke tahap lebih tinggi'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

'Saya gagal bawa MU ke tahap lebih tinggi'

Solskjaer 'bangga' dengan pengalaman; akur keputusan tak memihaknya
Nov 23, 2021 | 05:30 AM

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer berkata beliau telah kehilangan pekerjaan impian dan terpaksa menanggung tanggungjawab kerana gagal membawa Manchester United ke tahap selanjutnya.

Bercakap kepada saluran televisyen rasmi United pada hari yang sama kelab itu mengumumkan pemecatannya kelmarin, Solskjaer berkata beliau juga tidak akan meninggalkan kelab itu dengan rasa menyesal.

"Saya amat berbangga dengan apa yang telah dikecapi di kelab ini dan saya menikmati keseluruhan pengalaman saya sebagai pengurus.

"Saya telah menolak beberapa permintaan untuk diwawancara oleh wartawan... saya tidak dapat menjawab kesemuanya.

"Tapi kini, saya akan beredar dari pintu depan dan tidak akan bersembunyi. Saya rasa semua orang tahu saya telah berusaha sepenuh kemampuan saya untuk memimpin kelab ini... walaupun kita tidak berjaya mendapatkan keputusan yang dimahukan.

"Sudah tiba masanya saya mengundurkan diri."

Menurut Solskjaer, beliau akan menggunakan masa lapang yang tidak dijangka ini untuk meluangkan masa bersama keluarganya yang berada di Norway.

Tempoh hidup berasingan berpanjangan semasa Covid-19 ini amat sukar bagi beliau dan keluarganya.

"Itulah tumpuan utama saya pada masa ini... dari Norway, saya akan terus memantau perkembangan pasukan dan memberi sokongan kepada (Michael) Carrick.

Carrick, 40 tahun telah dinamakan oleh United sebagai pengurus sementara bagi kelab itu, bermula dengan perlawanan menentang Villareal dalam Liga Juara-Juara Eropah pada dinihari nanti.

Ditanya mengenai satu lagi perlawanan menentang Villareal dua musim lalu - dalam final Liga Europa di mana United tewas melalui tendangan penalti - Solskjaer berkata tempoh kepimpinan beliau di United boleh dikatakan berjaya jika memenangi perlawanan yang disaing sengit itu.

Permainan yang terikat seri sehingga wisel penamat terpaksa disudahkan menerusi tendangan penalti, dengan setiap pasukan mengambil 11 penalti.

Penendang penalti terakhir United, penjaga gawang David De Gea, gagal menemui sasaran yang memberikan trofi kejuaraan kepada pencabarnya dari Sepanyol itu.

"Memenangi trofi adalah penting, tapi ia bukan segala-galanya dan para pemain tahu kita telah berusaha gigih sebagai satu pasukan dan berjaya melangkah ke final," kata Solskjaer.

Mengalihkan perhatian kembali kepada perlawanan dengan Villareal, Solskjaer berkata beliau yakin dengan keupayaan Carrick.

Meninggalkan pesanan kepada pemain United, Solskjaer berkata:

"Mereka harus yakin dengan keupayaan diri sendiri dan sedar mereka boleh bermain lebih baik daripada yang ditunjukkan kebelakangan ini.

"Mungkin, kami gagal melakukannya sebelum ini, bermain dan berlagak sebagai pemain United dan menikmati perlawanan-perlawanan penting seperti di dalam Liga Juara-Juara.

"Perlawanan selanjutnya ini adalah begitu penting... jika menang, kami akan melangkah ke pusingan selanjutnya.

"Saya yakin dengan keupayaan Carrick... beliau yang terbaik bagi pasukan buat masa ini," ujar Solskjaer lagi. - Agensi berita.


Siapa pengurus pilihan penyokong United?

Zinedine Zidane

"Bagi saya Zidane adalah calon terbaik. Beliau seorang pemain yang hebat, pemenang Piala Dunia dan di peringkat kelab telah memenangi semua kejuaraan utama. Kemudian sebagai seorang pengurus pula, beliau juga mempunyai pengalaman menjadi jurulatih pasukan yang ditaburi bintang. Saya rasa para pemain akan menghormati Zidane dan beliau juga mempunyai tarikan untuk mendapatkan pemain terbaik dunia untuk bermain di Old Trafford."

- Encik Eruandee Prayitna, kakitangan pertubuhan tidak mencari untung.

Mauricio Pochettino

"Pochettino menyerlah semasa memimpin Southampton dan juga Tottenham Hotspur, meskipun beliau tidak memenangi sebarang trofi, dengan keterbatasan pemain yang ada. Saya yakin dengan kuasa United untuk berbelanja besar, Poch mampu membangunkan sebuah pasukan yang hebat. Dengan pengalamannya dalam Liga Perdana England, saya yakin beliau adalah calon terbaik untuk membangunkan semula pasukan Red Devils ini."

- Encik Izwan Jamal, pegawai perkhidmatan awam.

Erik Ten Hag

"Saya melihat cara Ajax (Amsterdam) bermain dan mendengar wawancara mengenai falsafah bola sepak Ten Hag, saya amat kagum sekali. Dan saya rasa United memerlukan jurulatih yang cekap dari segi taktik seperti beliau. United sudah pun mempunyai pemain bertaraf dunia, kuncinya ialah memastikan mereka dapat bermain di peringkat tertinggi secara taktikal, dan Ten Hag bagi saya ialah pengurus paling sesuai untuk mencapai matlamat itu."

- Cik Nur Fithri Aziz, pegawai pemasaran digital.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3