Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

RENANG

Schooling lantik firma Jepun sebagai rakan komersial

Apr 21, 2018 | 05:30 AM



JUARA Olimpik Singapura, Joseph Schooling, kelmarin mengumumkan keputusannya mendapatkan khidmat dan kepakaran syarikat Jepun, Dentsu Sports Asia (DSA), sebagai rakan komersialnya.



Perjanjian itu akan menyaksikan DSA menghulurkan bantuan dalam pelbagai aspek kepada jaguh renang itu, yang kini mengorak langkah awal sebagai perenang profesional.



Ini termasuk menasihati dan menguruskan segala peluang strategik dan komersial, menghulurkan sokongan kepada Schooling semasa kejohanan besar serta membangunkan inisiatif tanggungjawab sosial perenang itu di serata rantau ini.



Menyusuli tamatnya pengajian beliau di Universiti Texas, Schooling turut mengumumkan bahawa dua perjanjian komersial yang besar baru-baru ini.



Beliau menjadi warga Singapura pertama yang dilantik duta jenama fesyen mewah Jerman, Hugo Boss, pada 25 Mac lalu.



Seminggu kemudian, Bank DBS mengumumkan perjanjian bernilai tujuh angka selama tiga tahun dengan bintang renang berusia 22 tahun itu - yang akan melihat Schooling bekerjasama dengan bank itu dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan dan media sosial yang disasarkan kepada golongan milenium.



Perjanjian itu juga termasuk peluang menjalani latihan amali (internship) dan sesi bimbingan bagi Schooling yang dirancangkan di luar jadual latihannya.



Mengetuai operasi DSA ialah ketua pegawai eksekutif (CEO) dan presidennya, Kunihito Morimura, yang memiliki kepakaran lebih 20 tahun dalam industri pemasaran bisnes sukan di Asia.



Menurut beliau: "Adalah satu penghormatan bagi kami bekerjasama dengan Joseph dan keluarganya. Beliau benar-benar seorang atlit penuh inspirasi dan kami gembira dapat membantunya mencapai potensi sepenuhnya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >