Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Schooling mohon maaf ambil ganja

Aug 31, 2022 | 6:00 PM
Joseph Schooling
Joseph Schooling - JASON QUAH

PERENANG negara Joseph Schooling telah memohon maaf kerana mengambil ganja selepas dia mengaku mengambil dadah itu di luar negara pada Mei lalu, semasa tidak melakukan Perkhidmatan Negara (NS) dalam jangka masa pendek untuk berlatih dan menyertai Sukan SEA pada 12 hingga 23 Mei lalu. Dalam satu kenyataan pada Selasa (30 Ogos), bekas juara Olimpik, Schooling, 27 tahun berkata: "Saya minta maaf kerana perbuatan saya telah menyebabkan kemudaratan kepada semua orang di sekeliling saya, terutama kepada keluarga saya dan peminat muda yang memandang tinggi terhadap saya. "Saya kalah pada satu detik kelemahan selepas melalui tempoh amat sukar dalam hidup saya. Saya membuat keputusan yang buruk dan saya minta maaf. "Saya membuat kesilapan dan saya bertanggungjawab atas apa yang telah saya lakukan. Saya akan menebus kesalahan dan membetulkan apa yang salah. Saya tidak akan kecewakan anda lagi". Badan sukan negara Sport Singapore (SportSG) mendedahkan pada Selasa lalu bahawa Biro Narkotik Pusat (CNB) telah menyiasat Schooling dan rakan perenang negara Amanda Lim, 29 tahun, dan mendapati kedua-duanya telah mengambil dadah terkawal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg