Premium
Schooling pecah rekod acara gaya bebas
Feb 25, 2017 | 5:30 AM
KEHEBATAN TERSERLAH LAGI: Schooling berjaya memecahkan rekod renang acara 50 ela (45.7 meter) gaya bebas dengan mencatat masa 18.76 saat. - Foto fail -
JUARA Olimpik Joseph Schooling sekali lagi menunjukkan kehebatannya dengan berjaya memecahkan rekod renang acara 50 ela (45.7 meter) gaya bebas dengan masa 18.76 saat pada Kejohanan Renang dan Terjun Cantik Big 12 kelmarin.
Schooling, pakar renang kuak kupu-kupu, memecahkan rekod 18.84 saat yang dicatatkan Jimmy Feigen pada 2009.

