Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Schooling saran anjur dialog nasional bincang NS dan prestasi atlet

May 20, 2022 | 07:59 AM



PERENANG negara, Joseph Schooling, kelmarin menyarankan agar diadakan dialog nasional berkaitan Perkhidmatan Negara (NS), menyentuh akan perlunya menguruskan jangkaan para atlet yang sedang menjalani NS.



Pemuda berusia 26 tahun itu, yang menjalani NS Januari lalu, bercakap kepada media di My Dinh Water Sports Palace di Hanoi, Vietnam, kelmarin - sehari selepas beliau mengakhiri kempen Sukan SEA dengan dua pingat emas dan sebutir gangsa.



Ini merupakan pencapaian paling rendah yang diperolehinya di sukan dwitahunan itu - meskipun beliau bersaing dalam empat perlumbaan - selepas memenangi empat emas dan dua perak semasa edisi 2019, enam emas (2017), sembilan emas (2015), enam emas (2013), dan dua emas, satu perak serta satu gangsa (2011).



Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST) tentang bagaimana beliau akan mengimbangi NS dengan renang, Schooling berkata:



"Sebagai perenang memang agak mencabar "terperangkap" dengan jangkaan negara tentang apa yang perlu anda jadi... dengan perkara yang boleh anda lakukan dari sudut latihan atau masa yang diperlukan untuk anda lakukan."



Beliau menambah:



"Saya fikir sudah sampai masanya kita adakan dialog nasional, kita semua duduk bersama dan bincangkan, apakah jangkaan yang dihadapi para atlet kita sedang mereka jalani NS?"



Menekankan bahawa NS merupakan sesuatu yang perlu dilakukan semua orang, beliau menambah:



"Akhirnya, saya akan berikan yang terbaik tidak kira apa jua keadaan tubuh saya.



"Tapi sebagai penonton televisyen, mereka mempunyai banyak jangkaan... kami sebagai atlet kami ingin selaraskan dengan semua jangkaan tersebut.



"Jadi ianya mengenai bagaimana kita boleh berkembang sama dan bagaimana pencapaian kesukanan boleh diselaraskan.



"Dan saya fikir kita berada pada landasan yang betul - kita hanya perlu duduk, ajukan soalan yang sukar.



"Ia memang sukar, tapi saya fikir akhir sekali, kita akan dapat capai keputusan yang diinginkan."



Dalam temuramah lalu, juara Sukan Olimpik 2016 itu juga telah menyatakan tentang cabaran untuk mengimbangi NS dengan komitmen latihan.



Ia satu isu yang dialami sama para atlet lain dalam kerjaya mereka.



Bulan lalu, Schooling memberitahu ST yang beliau sebenarnya telah "bersara untuk beberapa jam" sebelum Kejohanan Kumpulan Usia Nasional Singapura sebulan sebelum itu, dengan alasan masalah "hal terkini".



Sedang banyak spekulasi tentang masa depannya dilaporkan, perenang itu masih belum membuat keputusan buat masa ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >