Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Schooling terlepas tempat di separuh akhir gaya bebas 100m lelaki

Jul 28, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Joseph Schooling terlepas menempah tempat di separuh akhir gaya bebas 100 meter lelaki ketika mencatat masa 49.84 saat dalam pusingan saringan di Pusat Akuatik Tokyo semalam.



Schooling, satu-satunya juara Sukan Olimpik Singapura, yang menang pingat emas dalam kupu-kupu 100 meter di Rio pada 2016, mengakhiri perlumbaan di tempat keenam dalam Saringan 5, yang dimenangi Nikola Miljenic dalam masa 49.25 saat.



Secara keseluruhan, Schooling, 26 tahun, ditempatkan di kedudukan ke-39 daripada 70 pesaing.



Hanya 16 pesaing terbaik dengan masa yang terpantas akan mara ke separuh akhir.



Di Rio 2016, Schooling mencatat masa 48.27 saat - yang kini kekal menjadi rekod nasional - untuk melayakkan diri ke separuh akhir sebagai perenang keenam terpantas dalam saringan, tetapi gagal ke final.



Schooling kini akan menumpukan fokusnya dalam mempertahankan takhta kupu-kupu 100 meter beliau esok, yang mana beliau akan berlumba dalam saringan bersama rakan senegara Quah Zheng Wen.



Satu-satu wakil renang wanita negara Quah Ting Wen pula akan berlumba dalam saringan gaya bebas 100 meter dan 50 meter yang masing-masing berlangsung hari ini dan lusa.



Dalam acara renang lain semalam, remaja dari Amerika Syarikat (AS) Lydia Jacoby mengejutkan rakan sepasukan dan juara bertahan Lilly King untuk merangkul pingat emas dalam kuak dada 100 meter wanita.



Jacoby, 17 tahun, memaparkan renang 50 meter terakhir yang menyeronokkan untuk mengakhiri perlumbaan dengan masa 1 minit 04.95 saat dan mengatasi Tatjana Schoenmaker dari Afrika Selatan (1:05.22 saat) yang muncul di tempat kedua, dengan King terpaksa berpuas hati meraih pingat gangsa (1:05.54 saat).



Dalam kuak lentang 100 meter wanita, perenang Australia Kaylee McKeown mencatat rekod Sukan Olimpik baru untuk menang pingat emas, mengejutkan musuh ketat Regan Smith.



McKeown, 20 tahun, menamatkan perlumbaan dalam masa 57.47 saat, hanya beberapa saat kurang daripada rekod dunianya sendiri, dengan Kylie Masse dari Canada, pemenang pingat gangsa di Rio 2016, tampil di tempat kedua (57.72 saat) dan Smith dari AS di tempat ketiga (58.05 saat).



Sementara itu, perenang Britain Tom Dean beraksi cemerlang untuk meraih pingat emas dalam gaya bebas 200 meter lelaki, mengatasi rakan sepasukan Duncan Scott.



Dean muncul dari belakang dalam 50 meter terakhir untuk menamat perlumbaan dalam rekod nasional baru 1:44.22 saat, dengan Scott membawa pulang pingat perak (1:44.26 saat) di depan Fernando Scheffer dari Brazil (1:44.66 saat).



Evgeny Rylov pula memimpin dua kemenangan Russia dalam kuak lentang 100 meter lelaki.



Evgeny Rylov, 24 tahun, menang pingat emas dalam masa 51.98 saat untuk mengalahkan rakan sepasukan Kliment Kolesnikov, yang mencatat masa 52.00 saat.



Juara bertahan dari AS, Ryan Murphy membawa pulang pingat gangsa (52.19 saat).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >