Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Schumacher masih belum pulih

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Schumacher masih belum pulih

Feb 05, 2016 | 04:39 PM

LONDON: Keadaan Michael Schumacher masih 'belum memuaskan', kata ketua Ferrari, Luca Montezemolo.

Beliau enggan berkongsi lebih lanjut tentang kesihatan mantan pemandunya itu.

Bercakap kepada media semalam, Montezemolo berkata berita yang dibawanya tentang Schumacher mengecewakan.

"Saya ada berita... malangnya ia tidak baik," katanya.

Jurucakap rasmi Schumacher, Sabine Kehm, enggan memberi komen apabila dihubungi BBC Sport.

Schumacher, 47 tahun, yang menjuarai Formula Satu (F1) sebanyak tujuh kali, mengalami kecederaan teruk di kepala dalam kemalangan ski di Perancis pada Disember 2013.

Beliau masih menerima rawatan intensif di rumahnya di Switzerland.

November lalu, jurucakap Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Jean Todt berkata Schumacher 'masih berjuang' - hampir dua tahun selepas kemalangan itu.

"Hidup ini memang aneh," kata Montezemolo.

Schumacher pemandu yang hebat dan hanya terlibat dalam satu kemalangan dengan Ferrari pada 1999.

Beliau adalah pemandu F1 paling berjaya dalam sejarah selepas memenangi 91 daripada 303 perlumbaan. Beliau kali terakhir memenangi kejuaraan dunia pada 2004 - 10 tahun selepas memenangi gelaran pertama.

FORMULA SATU

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3