Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sebab Hamilton 'berang'...

Sep 8, 2022 | 5:30 AM
- Foto AFP
- Foto AFP -

LONDON: Lewis Hamilton (gambar) berkata beliau hampir tidak dapat mengawal perasaan apabila kemenangan di Grand Prix Belanda 'dirampas dari genggamannya'.

Perlumbaan itu dimenangi oleh pemandu Red Bull, Max Verstappen - kemenangannya yang ke-10 dalam 15 perlumbaan musim ini - sekali gus menjadi pilihan utama untuk menjuarai kejohanan Formula Satu (F1) kali ini

Namun, buat julung-julung kali pada musim ini, Mercedes hampir memenangi perlumbaan pertama, dengan Hamilton mendahului Verstappen di beberapa peringkat perlumbaan.

Satu keputusan strategik semasa tempoh kenderaan keselamatan membiarkan Hamilton di kedudukan pertama, tetapi terdedah kepada tindakan Verstappen untuk memotongnya.

Keadaan itu bak tidak dapat ditangani oleh Hamilton yang didengar di radio mula mengherdik pasukannya.

Sangka Hamilton, strategi yang lebih bernas adalah untuk menyusun kenderaan Mercedes dengan lebih bijak, supaya rakan sepasukan George Russell boleh menjadi perisai baginya di kedudukan kedua, dengan perlumbaan berbaki 10 pusingan.

Menyusuli perlumbaan itu, Hamilton bagaimanapun telah memohon maaf kepada rakan sepasukannya.

"Saya tidak ingat pun apa yang saya katakan," kata Hamilton.

"Saya bak hilang arah kerana benar-benar inginkan kemenangan sulung. Sejak di awal musim, kami bergelut untuk menandingi kereta pasukan lain, tapi kini kami mampu bersaing semula," kata Hamilton.

"Jika kami terus melakukan persediaan sebegini, dan jika saya dapat mengekalkan tahap perlumbaan, saya yakin kemenangan yang dicari-cari akan muncul jua nanti," tambah beliau - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg