Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sebahagian 'Geng Empat' yang mula aksi bersama sejak remaja

Dec 31, 2021 | 05:30 AM



BERSAMA Shahril Ishak, Baihakki Khaizan dan Muhammad Ridhuan, Hassan Sunny adalah sebahagian daripada 'Geng Empat' pemain Akademi Bola Sepak Nasional (NFA), iaitu kuartet yang telah beraksi bersama sejak usia awal remaja dan mendapat undangan menyertai pasukan nasional pada 2003.



Sementara Hassan masih menarik perhatian di padang, bagaimana pula perkembangan tiga bekas pemain nasional lain yang seangkatan dengannya?



Shahril Ishak, 37 tahun



Seperti Hassan, Shahril masih giat beraksi dalam liga profesional setempat, Liga Perdana Singapura (SPL).



Penyerang itu kekal bersama Hougang United tahun depan selepas semusim dengan pasukan bergelar The Cheetahs itu.



Shahril merupakan antara penyerang paling prolifik negara, menjaringkan 46 gol dalam 143 perlawanan bagi pasukan nasional.



Hougang United, yang mengakhiri musim 2021 di tangga ketiga, turut melayakkan diri ke kejohanan kelab serantau Piala AFC tahun depan.



Baihakki Khaizan, 37 tahun



Menurut senarai pemain dalam skuad kelab-kelab SPL di laman Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sehingga awal November lalu, Baihakki telah dilepaskan oleh Tampines Rovers.



Bintang pertahanan veteran itu kembali bermain di liga setempat bersama Tampines selepas tiga musim menyarung jersi empat kelab Thailand - Muangthong United, Udon Thani, Trat FC dan PT Prachuap.



Baihakki, yang telah membuat 142 penampilan di peringat nasional dan menjaringkan lima gol, kali terakhir menyarungi jersi nasional pada Jun lalu, dalam kelayakan Piala Dunia 2022 di Arab Saudi.



Muhammad Ridhuan, 37 tahun



Ridhuan, yang menjaringkan tiga gol dalam 68 perlawanan bagi pasukan nasional, bersara daripada bola sepak pada 2018, namun kembali ke padang selepas menandatangani kontrak dengan Tanjong Pagar United awal tahun ini.



Namun tempohnya sebagai pemain dengan kelab SPL itu tidak berpanjangan.



Pada 10 Oktober lalu, pemain sayap itu mengumumkan persaraannya yang kedua, selepas semusim dengan The Jaguars.



Beliau telah dipilih beraksi empat kali bagi kelab itu.



Ridhuan masih terus melibatkan diri dalam sukan ini - awal minggu ini, beliau diumumkan sebagai jurulatih bagi pasukan Bawah 15 Tahun Tanjong Pagar United.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >