Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sebahagian tempat duduk stadium roboh, mujur tiada cedera

Oct 19, 2021 | 5:30 AM
- Foto EPA-EFE
- Foto EPA-EFE -

NIJMEGEN (Belanda): Tempat duduk penonton di Stadium NEC Nijmegen roboh kelmarin (gambar) sedang para penyokong Vitesse Arnhem meraikan kemenangan tipis 1-0 pasukan mereka dalam liga Eredivisie, hasil jaringan Nikolai Baden Frederiksen dalam separuh masa pertama.

Sedang penyokong berlonjak kegembiraan di hadapan para pemain yang menyampaikan penghargaan mereka selepas wisel penamat, bahagian stadium itu roboh, meskipun laporan awal mengatakan tidak ada sesiapa yang mengalami kecederaan.

Namun, Mayor Nijmegen, Hubert Bruls, telah mengarahkan siasatan dan melahirkan rasa terkejutnya mengenai apa yang telah berlaku.

Bruls memberitahu akhbar Belanda, De Telegraaf: "Amat bernasib baik sekali, setahu saya, sejauh ini belum ada laporan sesiapa yang cedera. Namun, saya telah mengarahkan satu siasatan penuh serta-merta. Ia adalah sesuatu yang tidak harusnya berlaku."

Pemain pertahanan Vitesse, Riechedly Bazoer, memberitahu televisyn Belanda, NOS: "Mujurlah semua selamat. Stadium bola sepak untuk pemyokong dan keluarga datang menikmati kegiatan bersama seharusnya tempat yang selamat."

Agensi pemerintah yang bertanggunghawab menyelia keselamatan bangunan bagaimanapun memberitahu media setempat bahawa belum ada siasatan yang dibuka mengenai kejadian itu.

"Kami tidak boleh memastikan bahawa sebarang siasatan akan dijalankan," kata jurucakap agensi tersebut.

Dengan kemenangan itu, Vitesse naik ke tangga keenam dalam liga utama Belanda. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg