Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sebastian Vettel juarai Grand Prix Singapura

Sep 22, 2019 | 10:22 PM



Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel, mempamerkan persembahan yang mengagumkan di Litar Marina Bay malam tadi dengan menjuarai Grand Prix Singapura Singapore Airlines 2019.



Rakan Ferrari beliau, Charles Leclerc pula melengkapi penguasaan Ferrari dengan meraih tempat kedua manakala pemandu Red Bull, Max Verstappen menduduki tempat ketiga.



Juara tahun lalu, Lewis Hamilton bagaimanapun gagal mengulangi prestasi cemerlangnya pada 2018 apabila beliau menduduki tempat keempat.



Dalam perlumbaan semalam beberapa kemalangan telah berlaku hingga memaksa kereta keselamatan dikerah untuk memulakan semula perlumbaan.



Antara mereka yang tersingkir akibat pelanggaran termasuk pelumba Alfa Romeo dan bekas juara, Kimi Raikonnen.



Tahun ini merupakan tahun ke-12 perlumbaan itu diadakan dan acara itu menarik seramai 268,000 penonton sepanjang tempoh tiga hari, rekod tertinggi kedua sejak ia dimulakan di Singapura pada 2008.



Walaupun, Singapura dilanda jerebu, ia gagal membawa kesan kepada suasana penuh gemilang bagi acara perlumbaan F1 Grand Prix Singapura yang berlangsung sejak kelmarin. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >