Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sekatan sebulan bagi kelab-kelab EPL diambil alih pemilik baru; isu diteliti susuli pembelian Newcastle

Oct 21, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Kelab-kelab Liga Perdana England (EPL) kebanyakannya telah bermuafakat untuk menyekat sebarang pasukan daripada membuat perjanjian tajaan lumayan dengan entiti yang berhubung kait dengan pemilik pasukan tersebut, menyusuli pertukaran pemilik di Newcastle.



Awal bulan ini, sebuah konsortium dari Arab Saudi telah membeli kelab itu dengan harga £305 juta ($565 juta).



Sebanyak 18 kelab telah menyokong sekatan itu, di satu mesyuarat kecemasan yang diadakan kelmarin.



Newcastle menentang sekatan itu manakala Manchester City tidak membuang undi, dengan kededua kelab yang mempunyai pemilik dari Timur Tengah itu mempersoalkan sama ada tindakan sekatan itu memenuhi undang-undang.



Perkembangan itu bermakna kelab-kelab EPL tidak boleh menandatangani perjanjian tajaan sedemikian selama sebulan, memberi masa bagi isu itu diperbahaskan.



Lebih khusus lagi, ia menyekat Newcastle daripada mengikat sebarang perjanjian dengan syarikat-syarikat yang berhubung kait dengan Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, yang memiliki 80 peratus kelab itu.



Kelab-kelab EPL mengadu kepada pemilik liga itu selepas konsortium yang diketuai PIF mengambil alih sebagai pemilik Newcastle pada 7 Oktober. Mereka percaya perubahan itu boleh memberikan kelebihan tidak adil kepada Newcastle.



Minggu lalu, pemilik Leeds United Andrea Radrizzani berkata peraturan Peraturan Adil Kewangan atau Financial Fair Play (FFP) harus dikuatkuasakan ke atas Newcastle untuk memastikan kesemua 20 kelab dalam EPL bersaing secara adil.



Peraturan itu membenarkan kelab-kelab di EPL menanggung kerugian maksimum £76 juta dalam tempoh tiga tahun.



Namun, EPL berkata ia membenarkan konsortium itu membeli Newcastle selepas ia mendapat jaminan undang-undang kerajaan Saudi tidak akan campur tangan dalam pentadbiran kelab itu.



Menambah, ia berkata PIF, yang menampung 80 peratus bayaran bagi perjanjian itu, dilihat sebagai entiti yang berasingan daripada kerajaan Saudi. Ini walaupun Tengku Mahkota Mohammed Salman, yang dianggap sebagai pemimpin de-fakto Saudi, disenaraikan sebagai pengerusi PIF.



PIF memiliki aset sekitar £250 bilion, menjadikan Newcastle antara kelab terkaya di dunia.



Beberapa kelab utama di Eropah mempunyai perjanjian tajaan yang berhubung kait dengan pemilik masing-masing.



Stadium, kompleks latihan dan jersi City ditaja oleh Etihad, syarikat penerbangan Abu Dhabi.



Pemilik City yang berasal dari Abu Dhabi mengambil alih kelab itu pada 2008. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >