Serena Williams tarik diri dari Final WTA Singapura

BINTANG tenis Amerika Syarikat, Serena Williams, telah menarik diri daripada kejohanan elit Finals WTA di Singapura, dengan berkata beliau masih berusaha pulih daripada masalah bahunya yang telah menjejas persembahan beliau tahun ini.