Premium
Shariff sahut cabaran Maraton Everest
May 14, 2016 | 5:30 AM
GEMENTAR TAPI GHAIRAH: Sekalipun perlumbaan akan berlangsung pada 29 Mei ini, Shariff berlepas ke Nepal semalam sebagai persiapan menyesuaikan diri dengan keadaan dan cuaca sejuk di sana. Beliau akan terlebih dahulu mendaki ke Everest Base Camp yang terletak pada ketinggian 5,364 meter di atas paras laut yang merupakan garis mula perlumbaan. - Foto TAUFIK A. KADER -
MENYAHUT cabaran terbesarnya sejauh ini, atlit lasak yang menggunakan kaki prostetik kiri berupa 'blade', Md Shariff Abdullah, semalam berlepas ke Kathmandu, Nepal, bagi memenuhi impian yang lama terpendam - menakluki Maraton Everest Tenzing-Hillary yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mei ini.
Maraton Everest - yang turut mendapat julukan sebagai perlumbaan tertinggi dunia - dijangka 'ujian' paling mencabar bagi atlit berusia 47 tahun itu, yang popular dengan panggilan Singapore Blade Runner (SBR).

