Premium
Sekolah Sukan Singapura rampas mahkota keseluruhan
Mar 6, 2018 | 5:30 AM
MUNCUL JUARA: Kuartet 4x100 meter Sekolah Sukan Singapura dan editor sukan 'The Straits Times,' Cik Lee Yulin bergambar dengan piala kemenangan. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -
SEKOLAH Sukan Singapura (SSP) berjaya merampas mahkota keseluruhan Kejohanan Relay Sekolah SPH dari Raffles Institution (RI) dengan penuh gaya, memecahkan dua rekod kejohanan itu di Stadium Bishan kelmarin.
Kuartet 4x100 meter 'A' Divisyen SSP terdiri daripada Tia Rozario, Diane Pragasam, Palada Tang dan Ismi Zakiah mencatat rekod baru, 49.23 saat, sekaligus memusnahkan rekod lama 49.30 saat yang dicatat Maktab Rendah Kebangsaan (NJC) pada 2005.

