Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERISAI MASYARAKAT 2023: SAINGAN BOLA SEPAK S'PURA BUKA TIRAI

Selepas hatrik kejuaraan SPL, jurulatih Albirex buru lebih banyak kejayaan musim ini

Feb 18, 2023 | 05:30 AM



BELIAU sudah merangkul tiga trofi kejuaraan Liga Perdana Singapura (SPL) - pada 2017, 2018 dan 2022 - sepanjang dua tempoh berasingan sebagai jurulatih Albirex Niigata.



Pada tahun-tahun itu juga, beliau diiktiraf sebagai Jurulatih Terbaik SPL.



Pencapaian tersebut menggelarkannya jurulatih kedua paling berjaya dalam sejarah satu-satunya liga profesional Singapura.



Dan meskipun itu, Kazuaki Yoshinaga belum berpuas hati dengan kejayaan yang diraih dalam bola sepak Singapura - yang juga termasuk Piala Singapura dan Perisai Masyarakat.



Warga Jepun itu yang akur sentiasa "mencabar diri sendiri", masih mendahagakan lebih banyak gelaran dan misi itu pada musim ini bermula dengan Perisai Masyarakat pada Ahad apabila menentang juara Piala Singapura 2022, Hougang United.



Ditanya Berita Harian (BH) sama ada terdapat tekanan di bahunya untuk terus berjaya pada musim ini, Yoshinaga, 54 tahun, berkata:



"Saya sentiasa mencabar diri sendiri... saya sedar bahawa memenangi trofi di sini tidak bermakna saya berjaya di peringkat global.



"Tiada tekanan yang saya rasakan untuk terus berjaya."



Seperti tahun-tahun sudah, Albirex memperbaharui hampir seluruh skuadnya pada setiap musim dan membawa masuk bakat-bakat muda dari Jepun.



Ini termasuk ketibaan lulusan akademi kelab Liga J1 Shonan Bellmare, Asahi Yokokawa, di kelab yang berpangkalan di Stadium Jurong East itu.



Pemain midfield berusia 20 tahun ini pernah mewakili Jepun di peringkat Bawah 15-17 Tahun.



Yoshinaga turut menyuntik pengalaman dalam skuad mudanya musim ini apabila berjaya mendapatkan tandatangan penjaga gol veteran Singapura, Hassan Sunny, dari Lion City Sailors.



Hassan, 38 tahun, yang telah menyarung jersi Singapura lebih 100 kali, bersama penyerang Jepun Tanadari Lee, 37 tahun - yang kekal di Albirex untuk semusim lagi - dijangka menjadi tunggak dalam usaha kelab itu mempertahankan gelaran SPL mereka.



"Kedua-dua mereka memiliki pengalaman di peringkat antarabangsa dan ialah contoh teladan yang bagus kepada pemain muda yang lain," ujar Yoshinaga.



Perisai Masyarakat akan menjadi tapak uji untuk Yoshinaga menyusun barisan terbaiknya sambil "sasar kemenangan untuk menyambung sejarah kelab".



Albirex telah menjulang Perisai Masyarakat tiga kali pada 2016 hingga 2018.



Bagaimanapun, Hougang akan berharap dapat mengulangi persembahan separuh akhir mereka dalam Piala Singapura pada November ketika menyingkirkan Albirex 7-5 melalui keputusan agregat dua pusingan.



Teknologi video penolong pengadil (VAR) akan dilaksanakan buat pertama kali secara rasmi pada Ahad.



Mengulas harapannya mengenai penggunaan sistem itu, Yoshinaga menambah:



"Saya harap ia akan membuat keputusan yang betul dan dapat mengesan kekasaran yang mungkin terlepas dari pandangan kita. Tahun lepas dalam perlawanan menentang pasukan sama kami kehilangan dua pemain yang terpaksa menjalani pembedahan akibat kekasaran serius.



"Kami ingin anda jelas menunjukkan bahawa perkara seperti ini tidak akan diterima."




TUNGGAK AIBIREX NIIGATA



HASSAN SUNNY

Albirex Niigata

Penjaga gol



Hassan, 38 tahun, membuat kejutan pada Disember apabila memilih menyertai Albirex Niigata musim ini setelah dilepaskan oleh Lion City Sailors.



Penjaga gol veteran Singapura itu kini tunggak penuh pengalaman dalam skuad muda Albirex pimpinan jurulatih, Kazuaki Yoshinaga.



Hassan telah membuat lebih 100 penampilan antarabangsa untuk Singapura dan merupakan pemenang liga dua kali - Liga-S bersama Warriors FC (2014) dan Liga Perdana Singapura, yang dinamakan semula, semasa mewakili Sailors (2021).



Dengan 'superman' - gelaran yang diberikan peminat kepada Hassan - memimpin pertahanan dari belakang, ia mungkin sukar bagi kelab-kelab lain untuk membolosi gawang Albirex.




SEKILAS



Albirex Niigata lwn Hougang United



Tarikh: 19 Februari

Waktu: 6 petang

Lokasi: Stadium Jalan Besar



Tiket berharga $15 untuk dewasa dan $10 untuk kanak-kanak 16 tahun dan ke bawah serta warga tua berusia 60 tahun dan ke atas. Ia boleh dibeli melalui laman web FAS, dengan jumlah tiket terhad dijual di stadium pada hari perlawanan



Perlawanan turut disiarkan secara langsung di Singtel TV dan StarHub TV dan distrim secara langsung di platform meWATCH Mediacorp dan saluran YouTube SPL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >