POS KEJOHANAN RENANG DUNIA FINAL

Selepas kecewa di Budapest, Schooling akan bersiap untuk Sukan SEA

MENAMATKAN saingan di Kejohanan Renang Dunia Fina di Budapest, Hungary, dengan kekecewaan, jaguh renang Singapura, Joseph Schooling, berazam bangkit daripada "kegenjotan" itu sedang beliau menghalakan tumpuan kepada cabaran di Sukan SEA Kuala Lumpur bulan ini nanti.

Bergelar juara Olimpik dan tiba ke Kejohanan Dunia - yang berakhir kelmarin - dengan harapan tinggi melangit, Schooling terpaksa berpuas hati dapat berkongsi pingat gangsa dengan perenang Britain, James Guy, selepas mencatat masa yang sama 50.83 saat bagi perlumbaan 100 meter gaya kupu-kupu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan