Topik diikuti
Pergi ke BHkuSelepas tiga dekad, rekod Koch masih berdiri

MASIH KEKAL: Rekod dunia yang dicatat oleh Koch dalam 1985 masih kekal sehingga kini. - Foro IAAF
Oct 18, 2015 | 5:30 AM
Selepas tiga dekad, rekod Koch masih berdiri
LEBIH tiga dekad lalu, atlit Jerman Timur Marita Koch melengkapkan perlumbaan 400 meter dalam masa 47.6 saat - rekod dunia yang berkekalan sehingga hari ini.
Masa yang dicatatnya pada Kejohanan Dunia 1985 itu menakjubkan kerana ia satu setengah saat lebih pantas berbanding masa yang dicatatkan atlit pecut Amerika Syarikat Allyson Felix yang meraih emas di Kejohanan Atletik Dunia di Beijing.