Topik diikuti
Pergi ke BHkuSeletar Mall ‘hidup’ dengan penyokong bola sepak pada awal pagi
Seletar Mall ‘hidup’ dengan penyokong bola sepak pada awal pagi
Seletar Mall ‘hidup’ dengan penyokong bola sepak pada awal pagi
Walau jam menunjukkan 3 pagi pada 15 Julai, Seletar Mall di kawasan Fernvale tetap ‘hidup’ dengan kehadiran 200 penyokong bola sepak untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara Sepanyol dengan Perancis.
Sepanyol akhirnya menempah tiket ke perlawanan akhir kejohanan berprestij itu selepas menumpaskan Perancis 2-0 di Stadium AT&T di Arlington, Texas. Jaringan penalti daripada Mikel Oyarzabal pada minit ke-22 dan gol Pedro Porro pada minit ke-58 cukup untuk menggegarkan Seletar Mall, yang disambut dengan sorakan gemuruh daripada penyokong Sepanyol di sana. Walaupun tayangan di The Seletar Mall itu menarik jumlah kehadiran yang lebih kecil berbanding perlawanan suku akhir England-Norway pada 12 Julai, ia tidak mematahkan semangat kumpulan peminat yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat Singapura. Ramai yang memilih untuk duduk sama ada di atas kerusi angin bertema bola sepak milik pusat beli-belah itu atau kerusi lipat mereka sendiri. - Foto ST
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jul 15, 2026 | 4:45 PM
..
