Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TOKOH SUKAN DALAM TUMPUAN

Semangat mahu berjaya bawa Martinez ke puncak dunia

Mar 06, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Apabila Emiliano Martinez menyertai Aston Villa dari Arsenal pada September 2020, beliau melampirkan senarai sasaran pada 'loker'nya, dan salah satunya adalah untuk menjadi penjaga gol terbaik di dunia.



Pada masa itu, ia mungkin kelihatan seperti cita-cita tinggi yang tidak mungkin dicapai untuk seseorang yang tidak pernah menjadi penjaga gol nombor satu di kelabnya, apatah lagi di seluruh dunia.



Martinez pindah ke Aston Villa, yang baru dinaikkan daripada Liga Championship, beberapa hari selepas beliau menyambut ulang tahun ke-28nya.



Pada dekad sebelumnya, beliau hanya memulakan 13 perlawanan di Liga Perdana England (EPL) bagi Arsenal - yang meminjamkannya enam kali ke liga bawahan atau luar negara.



Hanya dua setengah tahun kemudian, pemain antarabangsa Argentina yang berkarisma itu memerlukan objektif kerjaya baru.



'Loker' yang sama di tempat latihan Bodymoor Heath Aston Villa kini dihiasi dengan pingat pemenang Piala Dunia 2022 dan Copa America, serta trofi Golden Glove sebagai penjaga gol terbaik di Qatar.



Tidak setakat itu, Ahad lalu (27 Februari) beliau dinobatkan anugerah individu yang beliau sangat dambakan, iaitu Anugerah Penjaga Gol Lelaki Terbaik Fifa 2022.



Jurulatih penjaga gol Aston Villa, Neil Cutler, yang memujuknya untuk berpindah ke kelab Midlands itu menjadi rakan karibnya dan ahli psikologi tidak rasmi.



"Untuk berubah daripada menjadi penjaga gol nombor dua dalam EPL kepada penjaga gol yang memenangi Piala Dunia dalam masa yang singkat adalah pencapaian unik.



"Tetapi terdapat banyak sebab Emi (Martinez) telah meningkat dengan pantas, bermula dengan keinginan dan etika kerjanya. Semangatnya berkobar-kobar untuk melakukan apa sahaja untuk sampai ke tempat yang beliau mahu," kata Cutler kepada BBC Sport.



Cutler meninggalkan Villa pada penghujung Oktober 2022 apabila bos baru Unai Emery dilantik dan membawa bersamanya kakitangan jurulatih sendiri.



Tetapi pasangan itu kekal rapat, dengan Martinez memberi respon ke atas pemergian Cutler dengan mesej beremosi di media sosial.



Beliau menyifatkan Cutler sebagai "jurulatih Inggeris terbaik", dan menelefon Cutler dari Stadium Lusail sejurus selepas memenangi Piala Dunia.



"Emi memberikan segala-galanya untuk memenangi Piala Dunia. Beliau mempunyai seorang pakar pemakanan, seorang guru yoga dan Pilates, dan saya tahu beliau pergi berenang di tengah malam hanya untuk bersedia bagi perlawanan seterusnya," tambah Cutler.



Martinez membuat impak segera di Villa, mencatatkan empat 'clean sheet' dalam tujuh perlawanan EPL pertamanya, dan menamatkan kempen pertamanya dengan 15 'clean sheet' secara keseluruhan.



"Emi mempunyai banyak sasaran sebaik sahaja beliau tiba di Villa. Pada tahun pertama, salah satu daripadanya adalah menjadi penjaga gol nombor satu untuk Argentina. Jadi ia adalah saat mengagumkan apabila beliau membuat penampilan sulung pada Jun 2021.



"Beliau sangat didorong oleh statistik, beliau sentiasa perlu mencapai angka ini atau angka itu apabila menyelamatkan bola, menangkap hantaran silang atau membuat hantaran yang baik."



"Beliau mempunyai 'clean sheet' terbanyak di Copa America - empat dalam enam perlawanan - tetapi beliau sentiasa bersedia menghadapi cabaran seterusnya.



"Beliau sangat tidak sabar-sabar untuk mengekalkan 'clean sheet' dan mahu menyelamatkan segala-galanya, walaupun yang mustahil, jadi beliau perlu belajar bagaimana menanganinya sekiranya tidak mencapai sesuatu.



"Tetapi tidak pernah sekali pun saya berkata 'Emi, anda tidak akan menjadi yang terbaik di dunia ini'. Saya selalu berkata 'tiada sebab mengapa anda tidak boleh mencapainya'," ujar Cutler.



Tunjuk handal di Piala Dunia 2022 juga adalah sasaran Martinez dan beliau telah mencapainya.



Beliau memainkan peranan penting dalam kemenangan Argentina di final, dengan menyelamatkan gawang Argentina dengan cemerlang daripada percubaan Randal Kolo Muani pada penghujung masa tambahan.



Matinez kemudian gentarkan pemain Perancis dengan telatahnya dalam penentuan sepakan penalti.



Perbuatan itu dilihat oleh sesetengah pihak sebagai tingkah laku tidak bersemangat kesukanan tetapi Cutler melihatnya sebagai bukti bagaimana Martinez telah membangunkan mentaliti yang lebih mantap untuk menang.



"Ia adalah salah saya, kerana kami berusaha bagi masa yang lama untuk beliau mempamerkan personalitinya dalam keadaan seperti itu".



"Daripada beliau menunjukkan kekecewaan, kami mahu beliau menunjukkan semangat dengan mempunyai keyakinan, bersempadan dengan keangkuhan, yang boleh memberi kesan kepada perlawanan secara positif.



"Kali pertama kami cuba gentarkan seorang pemain adalah ketika Villa menentang Manchester United pada September 2021, dan percubaan penalti Bruno Fernandes tersasar selepas Emi memberitahunya sepatutnya Cristiano Ronaldo yang menyepaknya," jelas Cutler.



Jadi apakah sasaran seterusnya? Tidak banyak perkara dalam senarai di 'loker-nya itu yang belum lagi dicapai, tetapi itu tidak bermakna Martinez telah kehilangan sebarang dorongan untuk berjaya.



"Mula-mula sasarannya adalah untuk bermain, kini beliau mahu memenangi trofi. Perkara yang penting tentang Emi adalah semagantanya dan beliau tidak akan kehilangannya tidak kira betapa bagusnya beliau.



"Beliau bermain begitu sedikit perlawanan jadi beliau seolah-olah seperti seorang berusia 30 tahun yang memiliki tubuh seorang berusia 22 tahun..



"Jadi beliau masih mampu memberi banyak lagi dan akan berada di puncak untuk tahun-tahun akan datang," tambah Cutler. - Agensi berita.




“Beliau sangat tidak sabar-sabar untuk mengekalkan ‘clean sheet’ (tidak dibolosi gol) dan mahu menyelamatkan segala-galanya, walaupun yang mustahil, jadi beliau perlu belajar bagaimana menanganinya sekiranya tidak mencapai sesuatu.
Tetapi tidak pernah sekali pun saya berkata ‘Emi, anda tidak akan menjadi yang terbaik di dunia ini’. Saya selalu berkata ‘tiada sebab mengapa anda tidak boleh mencapainya.’’
– Bekas jurulatih penjaga gol Aston Villa dan rakan karib Martinez, Neil Cutler.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >